Teka teki siapakah pengurus Manchester United akhirnya terjawab. Ini selepas kelab tersebut dengan rasminya mengumumkan kehadiran Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu mereka.
Saga perpindahan Ten Hag ke Man United sudah berlarutan agak lama. Di mana pengurus tersebut juga dilaporkan sudah ditemuduga oleh kelab sebelum ini. Dan dia berjaya meyakinkan pengurusan Man United termasuk penasihat pembangunan kelab, Ralf Rangnick.
Ten Hag akan memulakan tugasannya pada musim hadapan. Sebelum ini laporan menyebut bahawa Manchester United membayar klausa pelepasan £2 juta kepada Ajax.
Dalam kenyataannya, Manchester United berkata:
“Manchester United dengan berbesar hati mengumumkan perlantikan Erik Ten Hag sebagai pengurus pasukan utama.”
“Pengurus masih perlu menyelesaikan urusan visa kerja seperti yang diperlukan, dan akan mula bertugas mula akhir musim ini sehingga Jun 2025.”
Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtogh berkata:
“Sejak 4 tahun di Ajax, Erik membuktikan dirinya sebagai salah seorang pengurus yang mengujakan dan antara yang paling berjaya di Eropah. Dikenali dengan gaya bola sepak yang menarik, bola sepak menyerang dan komitmen ke atas bakat muda.”
Erik Ten Hag antara calon utama untuk menjadi pengurus Man United selain daripada calon lain seperti Mauricio Pochettino.
🇳🇱👔
The new First-Team Manager of Manchester United: Erik ten Hag.#MUFC || #WelcomeErik
— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022
Beliau ada tugasan berat untuk mengembalikan Manchester United sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah. Selain daripada membentuk DNA bola sepak yang stabil.