Manchester United memperoleh tiga mata mengatasi Wolverhampton Wanderers dalam Liga Perdana Inggeris menerusi jaringan masa kecederaan Marcus Rashford yang benar benar lewat.

Manchester United bermain dengan baik sekali. Bermula dengan rentak yang membolehkan mereka mendominasi perlawanan.

Namun dari segi ancaman, pasukan pelawat memiliki lebih banyak peluang pada awal perlawanan.

Tetapi United tetap memiliki peluang keemasan menerusi Bruno Fernandes. Tetapi bola gagal disudahkan.

Prestasi cemerlang penjaga gol Wolves, Rui Patrico juga membuatkan United buntu.

Pada separuh masa kedua, kisah dia hampir sama. Man United dan Wolves terus gagal mendapat gol yang mereka cari.

Sehinggalah pada masa kecederaan. Ketika perlawanan kelihatan bakal berakhir dengan seri tanpa jaringan, Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan dramatik pasukan tuan rumah.

Ianya bermula daripada hantaran Bruno Fernandes. Pemain antarabangsa Portugal itu melakukan hantaran panjang yang tepat kepada Rashford.

Rashford melakukan beberapa sentuhan gelecekan dan kemudian melepaskan sepakan ke gawang lawan.

Rembatan itu terbias pada kaki pertahanan yang membuatkan arah bola bertukar dan menewaskan Rui Patricio pada minit ke-90 + 3 minit.

Rashford akhirnya mengakhiri kemarau gol beliau di Old Trafford selepas 845 minit aksi beliau. Di mana kali terakhir beliau menjaringkan gol liga di Old Trafford adalah pada Julai 2020 ketika aksi berdepan Southampton.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan tipis 1-0 memihak United. Dan kemenangan ini juga melonjakkan United ke tangga kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris.

United kini hanya dua mata di belakang Liverpool dalam carta liga.

Baca juga perkembangan lain

Tuchel Sedia Ganti Frank Lampard Di Chelsea

Globe Soccer Awards Iktiraf Cristiano Ronaldo Terbaik Abad Ini Tewaskan Messi, Salah Ketiga

Lampard Anggap Chelsea Patut Menang Dan Persoal Gol Villa Kerana Handball