Chelsea berada dalam prestasi yang agak buruk dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Lebih lebih lagi selepas Frank Lampard berbelanja lebih £220 juta untuk pasukan beliau.
Terbaru Chelsea diikat oleh Aston Villa selepas kekalahan dalam aksi derbi London berdepan dengan Arsenal.
Daripada lima perlawanan terakhir, The Blues hanya dapat mendapat satu kemenangan, satu seri, dan selebihnya adalah kekalahan.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge, The Blues menjaringkan gol awal menerusi tandukan oleh Olivier Giroud.
Tetapi pada separuh masa kedua The Villans menyamakan kedudukan menerusi gol mudah Anwar El-Ghazi.
Lampard menegaskan bahawa pasukannya adalah pasukan yang berhak menang dalam perlawanan tersebut.
Frank Lampard says Chelsea deserved to win against Aston Villa.
🎥 https://t.co/ohQhP0DDg6 pic.twitter.com/oQH0ruwzgX
— BBC Sport (@BBCSport) December 28, 2020
Lampard kemudian menganggap Villa sebagai lawan yang sukar. Namun menyalahkan penjaga garisan yang menurutnya tidak mengangkat bendera ketika handball berlaku di hadapan matanya.
“Saya rasa, ada handball [oleh pemain Villa] sebelum gol itu dan berlaku di sebelah penjaga garisan.”
Lampard on Villa's equaliser: "I think there was a handball along the line. In terms of Grealish and Christensen, there wasn't much in it." https://t.co/pdvws7B8Ym
— Chelsea FC News (@Chelsea_FL) December 28, 2020
“Apabila kamu berada dalam momen sukar seperti kami, ada sahaja perkara yang tidak memihak kepada kamu.”
“Respon daripada pemain kami adalah tepat cuma kami tak dapat menang.”
“Kami ada beberapa peluang. Saya rasa tekanan itu datang daripada kami sendiri. Ini adalah detik paling sukar buat kami pada masa ini.”
“Kami harus melawannya dan menjadi lebih kuat untuk mengatasinya.”
“Kamu mahukan mata daripada masa masa begini. Saya simpati dengan pemain kerana kekecewaan mereka kerana mereka sangat mahu menang.”
“Beberapa minggu lalu orang cakap kami adalah pencabar kejuaraan. Dan sekarang kami dalam detik sukar.”
Baca juga perkembangan lain
Messi Tak Mahu Tinggalkan Barcelona Januari Ini Dan Berimpian Ke Amerika Syarikat