Cristiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Abad Ini dalam Anugerah Globe Soccer Awards yang berlangsung di Dubai.

Ianya sekaligus mengiktiraf karier Ronaldo dalam anugerah yang menghimpunkan pemain pemain terbaik sejak tahun 2000 sehingga 2020.

Acara tersebut dilangsungkan di Hotel Armani di UAE. Sementara itu, pengurus Man City, Pep Guardiola dianugerahkan anugerag Jurulatih Terbaik Abad Ini.

Robert Lewandowski menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan. Dan Hansi Flick yang sebelum ini gagal menang di Anugerah FIFA Best akhirnya menerima penghargaan sebagai Jurulatih Terbaik Tahunan.

Real Madrid diiktiraf sebagai kelab terbaik abad ini dengan pencapaian cemerlang mereka.

Paling mengejutkan adalah Mohamed Salah berada di tangga ketiga dalam carta Pemain Terbaik Abad Ini mengatasi Zinedine Zidane, Ronaldo Nazario, Ronaldinho, Andres Iniesta dam Xavi Hernandez.

Ronaldo gembira menerima penghargaan tersebut.

“Saya berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Bukan mudah untuk kekal di tahap tertinggi dalam permainan untuk sekian lama. Saya sangat bangga.”

“Namun tanpa pasukan, tanpa jurulatih dan kelab yang hebat, ini semua mustahil.”

Anugerah ini adalah melibatkan penjurian dan juga undian peminat di laman rasmi Globe Soccer.

Anugerah kali ini dianggap kejam untuk beberapa pemain terhebat sepanjang zaman. Kerana jelas sekali ianya lebih tertumpu kepada generasi pemain yang sedang beraksi pada hari ini.

Ronaldo Fenomeno dan Zinedine Zidane seringkali dibandingkan dengan Pele ataupun Maradona.

Dan apabila ada anugerah yang tanpa dua pemain tersebut dalam pencalonan – kerana abad berbeza – maka sudah pastinya mereka dianggap calon pilihan.

Namun malangnya, Ronaldo R9 adalah jauh di belakang Cristiano Ronaldo dan juga Mohamed Salah.

Berikut adalah carta undian secara kiraan turun:

=15. Xavi – 0%
=15. Philipp Lahm – 0%
=15. Manuel Neuer – 0%
=15. Luis Figo – 0%
=15. Luka Modric – 0%
=15. Kylian Mbappe – 0%
=15. Kaka – 0%
=15. Iker Casillas – 0%
=15. Gianluigi Buffon – 0%
=15. Frank Lampard – 0%
=15. Fabio Cannavaro – 0%
=15. David Beckham – 0%
=15. Arjen Robben – 0%
=15. Andrea Pirlo – 0%

pirlo-cropped_gg13i0uz1djs1vi1lqpuc3ga9

=7. Zlatan Ibrahimovic – 1%
=7. Steven Gerrard – 1%
=7. Sergio Ramos – 1%
=7. Ronaldo Nazario – 1%
=7. Neymar – 1%
=7. Francesco Totti – 1%
=7. Andriy Shevchenko – 1%
=7. Andres Iniesta – 1%

Coventry City
Sumber Gambar: JST

6. Zinedine Zidane – 2%

5. Robert Lewandowski – 4%

4. Ronaldinho – 7%

3. Mohamed Salah – 23%

salah

3. Lionel Messi – 24%

1. Cristiano Ronaldo – 33%

Baca juga perkembangan lain

Lampard Anggap Chelsea Patut Menang Dan Persoal Gol Villa Kerana Handball

Messi Tak Mahu Tinggalkan Barcelona Januari Ini Dan Berimpian Ke Amerika Syarikat

West Brom Memang Berhak