Bekas jurulatih PSG Thomas Tuchel dilaporkan telah menyatakan minatnya untuk mengisi jawatan pengurus di Chelsea sekiranya kelab tersebut memecat Frank Lampard.
Tuchel baru sahaja dipecat oleh PSG minggu lalu selepas 2 musim di Parc Des Princes.
Laporan media Jerman, Bild menyatakan bahawa jurualatih dari Jerman itu tidak mahu berehat panjang daripada dunia pengurusan.
Dan Tuchel membuka pintu rundingan sekiranya Chelsea mahukan beliau.
Namun buat masa ini, kedudukan Lampard masih terjamin di Chelsea. Pemilik kelab masih memberikan sokongan penuh kepada beliau.
Thomas Tuchel would reportedly relish the opportunity to work with Timo Werner, Kai Havertz, and Antonio Rudiger at #Chelsea. #CFC | @ChelseaFC https://t.co/K2zeirV5yO
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) December 28, 2020
Cuma tekanan mulai hadir dalam beberapa perlawanan terakhir di mana Chelsea gagal mendapatkan keputusan positif di dalam beberapa perlawanan.
Lebih-lebih lagi Lampard sudah membelanjakan lebih GBP200 juta untuk membeli pemain termasuk dua bintang Jerman, Timo Werner dan Kai Havertz.
Selain daripada Chelsea, Tuchel kini dikaitkan dengan Arsenal. Tekanan turut dirasai oleh Mikel Arteta di Emirates walaupun mencapai kemenangan ke atas Chelsea baru baru ini.
Tuchel sebelum ini pernah mengendalikan Borussia Dortmund. Beliau dikenali dengan falsafah bola sepak menyerang. Pada musim lalu, Tuchel membantu PSG mara ke final Liga Juara Juara Eropah.
Sayang sekali dalam aksi final mereka tewas di tangan Bayern Munich yang menamatkan musim mereka dengan treble.
Baca juga perkembangan lain
Globe Soccer Awards Iktiraf Cristiano Ronaldo Terbaik Abad Ini Tewaskan Messi, Salah Ketiga
Lampard Anggap Chelsea Patut Menang Dan Persoal Gol Villa Kerana Handball
Messi Tak Mahu Tinggalkan Barcelona Januari Ini Dan Berimpian Ke Amerika Syarikat