Ralf Rangnick tidak tahu kenapa Marcus Rashford masih bergelut dengan prestasi di atas padang walaupun di pusat latihan beliau menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Manchester United menang 1-0 ke atas Aston Villa dan menyingkirkan skuad bimbingan Steven Gerrard itu dari saingan.
Jaringan minit ke-8 oleh Scott McTominay memastikan United menewaskan Aston Villa – dalam kunjungan pertama Gerrard selaku pengurus ke Old Trafford.
Ditanya tentang prestasi tidak memberangsangkan oleh Rashford, Rangnick berkata: “Saya sebenarya tak tahu.”
“Saya rasa dia sudah mencuba yang terbaik. Di dalam latihan dia melakukan dengan baik sekali dalam beberapa hari ini. Itulah sebabnya kenapa dia layak berada di kesebelasan utama.”
“Rasa berpendapat, pada separuh masa pertama kami berjaya mendapatkannya dengan kerap dan cuba untuk masuik ke dalam kotak penalti.”
“Namun pada separuh masa kedua, kami gagal menemuinya lebih kerap, dan sebab itulah saya terpaksa membuat pertukaran pada akhir babak perlawanan, memasukkan Anthony Elanga dan Jesse Lingard.
“Ianya sangat penting untuk kami mara ke pusingan seterusnya. Ya, ianya akan dapat memberikan keyakinan, terutama sekali kepada pengurus. Sangat penting untuk mereka untuk menjaringkan gol.”
“Sudah tentu, ianya lebih baik, misalnya, kalau Marcus dapat menjaringkan gol. Tapi selagi lagi dia mencuba yang terbaik, selagi lagi dia berlatih dengan baik, saya tak lihat ada banyak masalah.”
Mengulas tentang prerlawanan, Rangnick memuji fleksibeliti pada taktikal Aston Villa yang dianggap menyusahkan mereka sepanjang malam.
Rangnick berkata: “Kami sukar pada awal perlawanan berdepan dengan skuad yang fleksibel macam Viila. Rotasi yang mereka buat antara pemain bek sisi dan pemain no.8 sepanjang perlawanan.”
Namun Rangnick menganggap aksi mereka kali ini lebih baik berbanding aksi menentang Wolves.
“Saya rasa saya menyaksikan beberapa perkara lebih positif. Rasanya kami hari ini lebih baik dan lebih terurus.”
Manchester United manager Ralf Rangnick addresses Marcus Rashford form #mufc https://t.co/bcJoDia3oQ
— Man United News (@ManUtdMEN) January 10, 2022
“Kami juga ada tenaga yang bagus dalam pasukan, kami menggerakkan bola lebih baik, terutama separuh masa pertama. Ada beberapa bola diagonal yang sangat bagus.”
“Itulah yang kami cuba lakukan ke atas mereka berbanding dengan cuma memusatkkan pasukan di satu kawasan. Itulah yang kami ingin lakukan dan cara kami mencipta gol pertama kami.”
“Tetapi, kamu [wartawan] juga betul, kami masih bergelut di bahagian tengah. Itulah sebabnya Villa ada momen mereka cuma mereka gagal jaringkan gol.”
Manchester United akan berdepan dengan Aston Villa sekali lagi pada Sabtu ini di Villa Park.