Ralf Rangnick secara rasmi meletak jawatan sebagai penasihat pembangunan Manchester United.
Berita itu benar benar mengejtukan ramai pihak. Ini kerana Rangnick boleh dikatakan masih belum memulakan tugasannya lagi di United sebagai penasihat pembangunan kelab.
Musim 2021/22, Rangnick menjadi pengurus interim menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.
Tugas utama beliau adalah menjadi perunding dan penasihat kelab bagi membentuk DNA Manchester United yang kuat.
Malangnya, jodoh Rangnick dengan Manchester United tak lama. Kelab mengumumkan secara rasmi Rangnick tak akan kembali ke Old Trafford atas alasan dia mahu fokus sepenuhnya kepada tugassannya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria.
Kenyataan itu menyebut bahawa Rangnick tidak mampu memberikan jaminan dia boleh melakukan 2 kerja pada satu masa kerana tuntutan kerja di tempat baharunya.
Dalam laporan dari UK, menyatakan bahawa Rangnick menghubungi Ten Hag dan bercakap kira kira 2 jam, sebelum dia memutuskan untuk meletak jawatan.
Ralf Rangnick holds two-hour call with Erik ten Hag but consultancy role scrapped / @TelegraphDucker reports https://t.co/lDs2frgzVy
— Telegraph Football (@TeleFootball) May 29, 2022
Ini bermakna jawatan penasihat pembangunan itu kini dimansuhkan.
Beberapa minggu lalu, Erik Ten Hag berterus terang menyatakan dia tidak gembira dengan jawatan Rangnick ke atas pasukannya.
Ini kerana menurut Ten Hag dia hanya memakai analisisnya sendiri dan bukannya dari pihak lain termasuk Rangnick.
Sambil menjelaskan bahawa peranan Rangnick itu harus dijawab oleh pengurusan tertinggi United kerana tiada kena mengena dengannya.
Rangnick pernah menyatakan bahawa dia akan terlibat aktif dalam analisis pasukan dan prestasi Ten Hag. Dia juga akan membantu menetapkan pemain sasaran di jendela perpindahan.
Ten Hag menjelaskan bahawa dia ada kuasa penuh dalam perkara perkara tersebut.