Nama Ivan Rakitic sebelum ini dalam senarai untuk dilepaskan. Dan pemain tersebut dilaporkan meminta Barcelona hanya melepaskan beliau ke kelab lamanya Sevilla.

Finalis Piala Dunia 2018 itu juga sudah bersetuju dengan kontrak 3 tahun dengan Sevilla.

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa, Rakitic sedang menjalani ujian medikal untuk melengkapkan perpindahan beliau kembali ke kelab lamanya.

Rakitic sangat sayangkan kelab lamanya itu dan sanggup menerima pemotongan gaji 50%. Meskipun ada kelab lain menawarkan gaji lebih tinggi.

Sebelum ini Barcelona sudah melepaskan Arthur dan membawa masuk Pjanic. Dan kini mereka kehilangan Rakitic.

Selain daripada itu Arturo Vidal juga dilaporkan sedang dalam perjalanan keluar daripada Barca.

Rakitic antara nama yang sudah diberitahu oleh Koeman bahawa mereka boleh mencari kelab baharu.

Vidal baru baru ini mengkritik pengurusan tertinggi Barcelona yang menurut beliau hanya memiliki 13 pemain profesional di dalam pasukan mereka.

Vidal turut bersimpati dengan Lionel Messi yang menurut beliau sudah banyak membantu Barca musim lalu untuk mendapatkan keputusan dalam beberapa perlawanan.

Messi pula antara pemain yang berusaha untuk keluar daripada Nou Camp. Namun Barcelona masih belum berganjak dengan keputusan mereka bahawa Lionel Messi tak boleh pergi secara percuma.

Baca juga perkembangan lain

Van Der Sar Nadi Penting Bantu Van De Beek Ke United Dengan Harga £35.7 Juta

Barcelona Pecat Firma Guaman Yang Dianggap Punca Messi Mahu Pergi Percuma

Braithwaite Mahu Jersi No.10 Jika Messi Pergi