Manchester United dilaporkan akan kembali memburu tandatangan Cody Gakpo untuk mengatasi masalah kekurangan penyerang mereka, selepas Cristiano Ronaldo dilepaskan atas persetujuan bersama.

Baca Juga:

Gakpo sebelum ini mendedahkan bahawa Manchester United datang membidanya, namun dia kemudian tidak tahu apa dah jadi dengan rundingan tersebut.

Pemain antarabangsa Belanda itu sudah sedia untuk mendengar tawaran baharu daripada Man United selepas dia menunjukkan prestasi cemerlang semasa kempen Piala Dunia Belanda.

Gakpo sendiri mengakui dia berminat untuk menyertai kelab sebesar Manchester United.

Erik Ten Hag memang menyukai Cody Gakpo. Dan kini Man United sedia untuk mendapatkan pemain tersebut pada Januari ini.

Buat masa ini Man United bergantung kepada pemain sayap serangan untuk mennadi no.9 pasukan mereka iaitu Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Martial

Gakpo sudah menunjukkan prestasi memukaunya sejak beberapa tahun kebelakangan ini bersama kelabnya, PSV.

Dan kini dia sudah boleh memikirkan fasa baharu dalam kariernya untuk beraksi di Liga Inggeris.

Penyerang Belanda itu menjaringkan tiga gol, ketika pasukan Louis van Gaal mara sehingga ke suku akhir Piala Dunia. Di mana Belanda disingkirkan oleh Juara Dunia 2022, Argentina.

PSV dilaporkan sedia mendengar tawaran bermula €45 juta.

Gakpo bukan sahaja boleh bermain di posisi no.9, dia juga merupakan penyerang sayap dan kerap beraksi sebagai no.10.

Versatiliti yang ada pada Gakpo membuatkan beliau adalah pemain yang dianggap sangat sesuai dengan taktikal Erik Ten Hag di Manchester United.

Man United dilaporkan yakin mendapatkan khdimat Cody Gakpo.

Man United juga yakin PSV akan berdepan kesukaran untuk menghalang Gakpo pergi dari kelab tersebut memandangkan Liga Belanda bukanlah dari kalangan 5 liga utama di eropah.

Pengaruh Erik Ten Hag juga dilihat sangat penting dalam usaha Manchester United mendapatkan salah seorang bakat muda luar biasa dalam arena bola sepak pada hari ini.