Manchester United menyingkirkan West Ham pada pusingan kelima Piala FA dengan gol tunggal Scott McTominay pada masa ektra.
Manchester United dan West Ham terikat tanpa jaringan untuk aksi 90 minit.
Manchester United tampil dengan aksi dominan pada awal separuh masa pertama. Namun, tuan rumah bergelut untuk memecahkan kebuntuan.
Manchester United mempunyai peluang keemasan untuk membuka jaringan pada minit ke-27 ketika Victor Lindelof. Namun Lukasz Fabianski berjaya menafikannya.
David Moyes jelas berpuas hati dengan disiplin para pemainnya ketika bertahan.
Pada separuh masa kedua Marcus Rashford menguji Fabianski. Tetap gagal untuk menewaskan bekas penjaga gol Arsenal tersebut.
West Ham seperti dijangka, bertahan, menyerap asakan dan cuba melakukan serangan balas. West Ham banyak mengancam United menerusi bola mati.
Pada akhir babak separuh masa kedua Dawson menanduk hantaran daripada sepakan penjuru Mark Noble. Tetapi tidak masuk.
Perlawanan dilanjutkan ke masa ekstra 30 minit.
Hanya 7 minit aksi memasuki masa ekstra, United sudah di hadapan menerusi Scott McTominay. Di mana beliau menyambar hantaran mudah daripada Rashford.
Ianya berpunca daripada serangan balas pantas United. Scott McTominay melakukan rembatan daripada sentuhan pertama yang kemas dan menewaskan Fabianski.
McTominay. Clutch. 😤
(🎥 via @EmiratesFACup)pic.twitter.com/pKjN7E9hz7
— B/R Football (@brfootball) February 9, 2021
Pada minit ke-114 Said Benrahma tidak dikawal kemas pertahanan United. Dia berjaya melepaskan tandukan bebas. Sayangnya, bola lemah dan tepat ke dakapan Dean Henderson.
Tiada tambahan gol dihasilkan dari kedua pasukan dalam baki perlawanan. Dan United mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan tipis 1-0.