Hasrat juara AFC Champions League (ACL), Ulsan Hyundai untuk mencipta sejarah mara ke separuh akhir dalam saingan Piala Dunia Kelab tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas 2-1 kepada kelab Mexico, Tigres UANL semalam.
Dalam perlawanan itu, Ulsan Hyundai terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui tandukan Kim Kee-Hee pada minit ke 24 sebelum pemain Tigres, Christian Gignac menyamakan kedudukan melalui rembatan dalam kotak penalti pada minit ke 38.
Belum sempat memasuki separuh masa kedua, Tigres berjaya menambah satu lagi jaringan menerusi sepakan penalti oleh Gignac pada minit ke 45. Pengadil perlawanan, Esteban Ostojich memberikan sepakan penalti selepas meneliti rakaman Sistem Bantuan Pengadil (VAR).
Ulsan Hyundai juga berpeluang menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua namun jaringan Yoon Bitgaram pada minit ke 58 tidak dibenarkan oleh pengadil kerana berada dalam kedudukan offside berdasarkan penelitian rakaman VAR.
Lebih menarik, perlawanan sempat terhenti seketika kerana kedua-dua pasukan mengadu bola yang digunakan di atas padang tidak cukup angin dan agak kempis.
🐯 @TigresOficial win 'The Clash of the Tigers'
✅ The @Concacaf champions are victorious in their first ever #ClubWC match
🔜 Next up? A mouthwatering semi-final 🆚 @Palmeiras on 7 Feb pic.twitter.com/BayISSuDez
— FIFA (@FIFAcom) February 4, 2021
Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan Ulsan Hyudai akan beraksi dalam perlawanan penentuan tempat kelima menentang wakil tuan rumah, Al Duhail SC.
Tigres yang merupakan juara CONCACAF Champions League (CCL) pada tahun lepas akan bertemu juara Copa Libertadores, Palmeiras dari Brazil minggu depan untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021
Gaji Tidak Dibayar, Bekas Pemain Import Selangor Heret PSS Sleman Ke FIFA