Pemain import ke-2 Kelantan United FC dari Jepun, Masashi Motoyama dilaporkan sudah berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Fukuoka menuju ke Malaysia untuk menyertai pasukan itu hari ini menurut beberapa media Kyushu.
Masashi Motoyama, pemain yang berusia 41 tahun itu merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Jepun pertama akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia, dikatakan bukan sahaja bertindak sebagai pemain tetapi turut akan terlibat dalam memberikan bimbingan serta berkongsi pengalaman dengan pemain-pemain Kelantan United FC.
18 musim beraksi untuk kelab gergasi Kashima Antlers, pastinya banyak pengalaman dan ilmu bakal diturunkan kepada pemain-pemain tempatan dan peluang ini tidak datang dengan mudah terutamanya pemain Kelantan United.
Menurut artikel Soccer Digest Web, Masashi Motoyama mengikat kontrak selama 1 musim dan akan menggunakan jersi no.10 bersama Kelantan United FC, dimana ketua jurulatih mereka Akira Higashiyama serta penyerang Yuki Tanigawa yang dibawa dari Kuching FA selepas Yakult Malaysia bekerjasama dengan kelab tersebut.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama Masashi Motoyama akan beraksi secara profesional diluar negara sejak memulakan karier pada tahun 1998 bersama Kashima Antlers.
Nota: Rugi kalau ada pemain yang tak ambil kesempatan belajar dengan salah seorang pemain legenda Kashima Antlers ini untuk panduan dalam karier bola sepak.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Pemegang Hak Penyiaran Thailand ‘Done Deal’ Bersama Tencent Untuk Kerjasama Media Dan Teknologi
Hanelang FC Masih Belum Jelaskan Tunggakan Gaji Pemain Selepas 3 Tahun Diarahkan Oleh FAM
Saigon FC Diumumkan Sebagai ‘Asia Strategic Partner’ FC Ryukyu, Peluang Besar Majukan Industri