Penjaga gol legenda Manchester United, Peter Schmeichel menganggap VAR telah merompak kemenangan Manchester United ke atas Middlesbrough. Merujuk kepada tindakan VAR yang mengesahkan gol penyamaan Matt Crooks pada separuh masa kedua.
Menurut Schmeichel, pemain Middlesbrough, Duncan Watmore jelas sekali sudah handball sebelum menyungkit bola melepasi Dean Henderson dan kemudian bola disudahkan oleh Matt Crooks.
Rio Ferdinand juga melabel VAR sebagai ‘najis’ selepas gol tersebut.
Crooks menyamakan kedudukan selepas Manchester United mendahului dengan 1 gol menerusi Jadon Sancho. Sebelum gol Sancho itu, Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penaltinya yang tersasar, sehari sebelum harijadinya ke-37 tahun.
Namun berdasarkan peraturan terbaru, VAR adalah tepat untuk memberikan gol tersebut kerana VAR merasakan batawa Watmore tidak sengaja tertampan bola dengan tangannya. Bola melantun dari kakinya dan terus tangannya. Itu yang membuatkan situasi itu dikira accidental handball.
I DON’T KNOW WATMORE YOU NEED TO SEE🤬 pic.twitter.com/AQfpfIpX06
— L Y N X 🔗 🔴 (@UTDLynx) February 4, 2022
Berdasarkan peraturan handball terbaru yang dikuatkuasakan bermula musim ini, jika ada berlaku handball tidak disengajakan ketika fasa binaan gol, dengan syarat yang tak sengaja handball itu bukan pemain yang menjaringkan gol – maka, gol itu harus diberikan.
Dalam situasi tersebut, Watmore bukan penjaring gol, kerana dia mencipta peluang kepada Alex Crooks.
Peraturan handball tidak sengaja ini tidak terpakai jika penjaring gol yang tertampan bola dengan tangan tak sengaja sebelum melakukan jaringan. Maka gol itu akan dibatalkan.
Cuma Ralf Rangnick membangkitkan persoalan, bagaimana Watmore boleh dikira tidak sengaja apabila pemain itu menurutnya dengan sengaja mengawal bola dengan tangannya?
A reminder of the updated handball rules for this season. If Watmore puts the ball in, it’s disallowed. I think. Because he didn’t score and Crooks did, the goal stands. pic.twitter.com/YleCzBXplp
— Matt Critchley (@MattCritchley1) February 4, 2022
Pada masa yang sama, Rangnick bersetuju dengan Peter Schmeichel bahawa VAR telah merompak kemenangan Manchester United. Kerana pasukannya tampil lebih baik dan berhak untuk menang perlawanan ini.
Manchester United pada masa yang sama harus menyalahkan diri sendiri kerana hanya menjaringkan 1 gol sahaja daripada 30 percubaan ke arah gol sepanjang 120 minit mereka beraksi. Ini ditambah dengan kegagalan Ronaldo menyempurnakan penalti dan juga kegagalan Bruno Fernandes menjaringkan bola ke gawang yang terbuka.
Manchester United tewas dalam penentuan penalti dengan keputusan 7-8 memihak kepada pelawat yang merupakan pasukan dari Liga Kejuaraan.