Pestabola Merdeka 2023 yang akan memasuki edisi ke-42 dijadualkan bakal berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Baca Juga:
- Pestabola Merdeka Mungkin Akan Kembali
- Lubnan Sah Sertai Pesta Bola Merdeka 2023
- Peminat India Berang Pasukan Mereka Tidak Dijemput Sertai Pesta Bola Merdeka
Perkembangan terkini itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memuatnaik Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan (LOC) di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM merangkap Pengerusi LOC .
Ia juga turut dihadiri oleh Exco FAM, ACP (Bersara) Md Dali Wahid (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan dan Jawatankuasa Keselamatan) serta Setiausaha Agung, Noor Azman Hj Rahman.
Mesyuarat itu bertujuan untuk membincangkan mengenai segala perkara melibatkan penganjuran kejohanan bola sepak jemputan tertua di Asia tersebut.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, saingan edisi ke-42 telah menarik minat penyertaan tiga negara yang memiliki ranking lebih baik berbanding skuad kendalian Kim Pan-gon.
Negara yang dimaksudkan ialah Palestine (ranking 93), Lebanon (ke-100) dan pasukan di tangga ke-106 dalam ranking terkini dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Semasa 1950-an dan awal 1980-an, Pestabola Merdeka merupakan satu kejohanan berprestij dalam kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka.
Kali terakhir kejohanan ini dilangsungkan ialah pada 2013 yang mana skuad B-23 Tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya muncul juara dengan menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Rozaimi Abdul Rahman dan Junior Eldstal pada di Stadium Darul Makmuar, Kuantan.