Penjaga gol Terengganu, Mohd Suhaimi Husin turut disenaraikan dalam barisan 25 pemain yang terpilih untuk menyertai latihan pusat skuad Malaysia bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023.
Baca Juga:
- Lebih 10,000 Tiket Pestabola Merdeka 2023 Sudah Terjual
- FAM Ajak Penyokong Penuhi SNBJ Saksikan Pestabola Merdeka 2023
- Tajikistan Ganti Lubnan Sertai Pestabola Merdeka 2023
Menurut pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, sesi latihan selama seminggu akan bermula pada 6 Oktober ini.
Kejohanan yang penuh dengan nostalgia itu pula bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023.
Melihatkan kepada senarai terkini barisan pemain, tiada perubahan yang begitu ketara dapat disaksikan dimana barisan pemain seperti kebiasaan dipanggil.
Selain Suhaimi Husin yang merupakan muka baharu, dua lagi posisi penjaga gol diisi oleh Ahmad Syihan Hazmi Mohammed (Johor Darul Ta’zim) dan Azri Ghani (KL City).
Manakala Dion Cools akan mengepalai jentera pertahanan bersama-sama La’vere Corbin-Ong, Matthew Davies (JDT), Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng (Selangor), Dominic Tan, Daniel Ting (Sabah), Azam Azmi Murad (Terengganu) dan Junior Eldstal (Dewa United).
Posisi tengah pula menyaksikan Endrick Dos Santos (JDT), Brendan Gan, Mukhairi Ajmal (Selangor), Stuart Wilkin (Sabah), Paulo Josue (KL City) dan Nooa Laine (SJK Seinajoki) menjadi pilihan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.
Manakala, jentera serangan juga memperlihatkan muka biasa seperti trio JDT iaitu Arif Aiman Mohd Hanapi, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bersama Faisal Abdul Halim (Selangor), Darren Lok (Sabah) serta dua pemain Sri Pahang, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan.
Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada Jumaat, 13 Oktober 2023 dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada Selasa, 17 Oktober 2023.