Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal kuatkuasakan peraturan baharu dari segi pengadilan dimana pemain boleh dilayangkan kad merah kerana batuk dengan sengaja ketika dalam perlawanan.

Peraturan itu diperkenalkan oleh badan penggubal syarat bola sepak (IFAB) bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 serta melindungi kesihatan para pemain dan pegawai perlawanan.

Carlos-Sanchezs-red-card-after-two-minutes-and-56-seconds-is-the-second-fastest-shown-in-World-Cup-history-after-Jose-Alberto-Batista-for-Uruguay-vs-Scotland-in-1986-54-seconds

Jurucakap IFAB mengatakan batuk di hadapan pemain lain boleh dianggap sebagai satu kesalahan kerana ia mampu menyebarkan virus berbahaya di atas padang dan menyebabkan perlawanan mungkin ditunda.

Menurut garis panduan baharu, pengadil perlu membuat keputusan mengenai apakah batuk itu disengajakan dan juga mempertimbangkan jarak diantara orang yang terlibat.

Pegawai Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) turut mengesahkan peraturan itu turut akan dilaksanakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan dan pengadil boleh mengingatkan pemain-pemain supaya tidak melakukannya.

Sementara itu, akhbar UK melaporkan di Manchester, empat individu dipenjara kerana batuk di hadapan pekerja barisan hadapan dan mendakwa mereka menghidap COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Kelab Singapura Ini Gunakan Laman “Job Seekers” Atas Talian Bagi Mencari Pemain

Sesi Latihan Indonesia Ditunda Dua Kali Kerana Tunggu Keputusan ‘Swab Test’ Yang Terlalu Lama

Tonton Video ‘Masterplan’ Hebat Pusat Latihan Bola Sepak Korea Selatan Yang Akan Dibina