Situasi semasa isu COVID-19 di Malaysia mungkin boleh dikatakan masih terkawal namun melihat kepada impak yang sedang berlaku kepada beberapa negara seperti Italy dan UK, pastinya keputusan segera perlu dilakukan.
Seperti yang kita tahu, hari ini pihak FAM akan melakukan mesyuarat khas bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil berkaitan perjalanan saingan bola sepak domestik Malaysia.
Mungkin ada 2 keputusan yang boleh dijangka dari mesyuarat tersebut iaitu samada perlawanan berlangsung tanpa penonton ataupun perlawanan bola sepakĀ ditunda atau tangguhkan terus sehingga tarikh tertentu.
Pada hemat kami, melihat kepada situasi gelombang ke-2 COVID-19 yang semakin ‘menggila’ adalah lebih baik sekiranya semua perlawanan bola sepak domestik diberhentikan seketika sehingga keadaan menjadi lebih baik.
Mungkin akan berlaku banyak kerugian serta menimbulkan pelbagai isu berbangkit tetapi kita perlu melihat dari perspektif yang lebih besar dimana kesihatan awam itu adalah lebih penting.
Kita tidak mahu mendengar berita bahawa penonton bola sepak di Malaysia atau pemain serta pegawai pasukan dijangkiti virus yang bakal menyusahkan banyak pihak berkenaan terutama Kementerian Kesihatan untuk ‘trace’ seperti mana berlaku kepada kes di Sri Petaling.
Jadi, pada peringkat sebegini menangguhkan perjalanan saingan bola sepak tempatan adalh pilihan kami walaupun agak berat untuk menerimanya tetapi ada perkara yang lebih memerlukan prioriti dari bola sepak pada pandangan kami.
Bagaimana dengan anda? Meneruskan perlawanan tanpa penonton atau menangguhkan saingan bola sepak dalam situasi begini?
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Kehadiran Penonton Ke Stadium Perlawanan Ke-3 Menurun Lebih 50%, 4 Venue Bawah 1000 Penonton