Seorang peminat Manchester United yang dihalau keluar dari Old Trafford sebelum ini kerana mengibarkan bendera Palestin telah dikenakan hukuman tambahan.

Baca Juga:

Peminat tersebut sangat kecewa kerana dia menegaskan diak mengibarkan bendera Palestin dalam suasana sejahtera dan bukan dalam keadaan yang marah.

Kelab menyatakan bahawa peminat tersebut telah melakukan kesalahan ‘kelakuan memudaratkan dan ganas’.

Insiden itu berlaku ketika aksn Man United mementang Man City di Old Trafford. Dia diarahkan menurunkan bendera Palestin dan diminta keluar dari Old Trafford ketika separuh masa.

Premier League sudah mengeluarkan arahan bahawa semua peminat dilarang mengibarkan bendera Israel atau Palestin ketika konflik di Tebing Barat itu sedang berlaku.

Peminat tersebut sempat berkongsi kenyataan Man United dalam email yang ditujukan kepadanya berbunyi:

“Selamat petang. Baru baru ini anda telah menarik perhatian kami kerana anda didapati melanggar terma dan syarat yang diletakkan kelab.”

“Secara spesifiknya, kami mendapat maklum bahawa anda telah didapati menunjukkan kelakuan yang memudaratkan dan tidak boleh diterima dalam aksi di halaman sendiri menentang Manchester City pada 29 Oktober 2023.”

“Hukuman ke atas salah laku ini ada termaktub dalam hukuman rasmi kelab, untuk kesalahan pertama, ianya membawa kepada penggantungan dari 1 sehingga ke 6 perlawanan (home and away).”

“Namun kami memutuskan untuk mengenakan penggantungan 1 perlawanan kepada akaun anda pada 2 November 2023. Kamu dilarang untuk hadir atau membeli tiket untuk sebarang aksi home atau away pada tempoh ini.”

Daily Mail melaporkan ada 3 bendera Palestin dikibarkan di Old Trafford pada perlawanan itu. Dua daripadanya diarahkan untuk diturunkan oleh petugas keselamatan atas arahan pegawai stadium. Dan mereka terus patuh.

Namun individu yang digantung 1 perlawanan ini pula didakwa telah mendapat beberapa amaran daripada pegawai yang bertugas. Membuatkan dia dihalau keluar dari stadium dan dikenakan tindakan lanjut.

Penyokong tersebut menulis di forum peminat Man United dengan berkata: “15 tahun saya telah menjadi pemegang tiket bermusim kelab, dan hari ini mereka memarahi kami dan menghalau kami keluar kerana mengibarkan bendera Palestin dalam keadaan aman untuk 30 saat pada rehat separuh masa.”

“Biar saya jelaskan, tiada sebarang komunikasi yang dikeluarkan menjelang perlawanan ini tentang kibaran bendera Palestin adalah tidak dibenarkan.”

“Petugas stadium tidak memberikan kami alasan, tidak memberikan amaran, tiada langsung, dan kami diarahkan keluar tanpa sebarang alasan.”

“Mereka kemudian berterusan memarahi kami dengan rasa diri mereka disokong oleh kehadiran Polis Great Manchester. Kelab ini gagal dalam banyak perkara, namun yang satu ini sangat teruk. Sedangkan setiap minggu penyokong akan mengibarkan bendera di dalam stadim.”

“Sekali lagi, tiada komunikasi sebelum perlawanan berkaitan perkara ini. Namun carian segera di laman rasmi Man United menulis tidak dibenarkan untuk mengibarkan bendera yang menyinggung.”

“Tetapi tidak dinyatakan bendera negara mana yang dilarang. Adakah mereka menganggap bendera Palestin dalam kategori menyinggung?”

Dalam pada itu seorang steward di dalam stadium Old Traffod turut dipecat kerana dia dilihat cuba membantu individu yang mahu mengibarkan bendera Palestin.

Manchester United Pecat ‘Steward’ Yang Mahu Bantu Julang Bendera Palestin