Pemain muda Juventus yang berbakat besar, Nicolo Fagioli telah memetik ibunya dan rakan baiknya, Sandro Tonali sebagai punca dia terjebak ketagihan judi.
Baca Juga:
- Tonali Dan Zaniolo Disiasat Kerana Disyaki Terlibat Perjudian
- Tonali Sudah Temui Rentak
- Newcastle Mahu Jual Allan Saint Maximin Untuk Membeli Harvey Barnes
Pemain itu mengakui dia sebenarnya sedang dalam kemurungan kerana memikirkan hutang €3 juta kerana judi.
Dia mencari duit tambahan kerana wang gajinya dikawal ibunya pada masa ini.
“Saya meminjam wang daripada Gatti sebanyak €40 ribu untuk membeli jam mewah. Dan saya perlu membayarnya. Namun wang dan akaun saya dikawal oleh emak saya. Saya masih perlu mengembalikan semula wang itu.”
“Pertaruhan pertama saya buat adalah ketika kem B-21 di Tirrenia. Saya bertaruh kerana pemain pemain lain pun berjudi juga. Dalam skuad kebangsaan, kami berjudi untuk suka suka dan menghilangkan rasa bosan.”
“Namun saya mendapati saya mulai dalam tekanan hutang semakin bertimbun. Saya mendapati ada pertaruhan tentang foul dan kad kuning. Namun saya tidak bertaruh untuk itu, dan melakukan kesalahan secara sengaja kerana itu melanggar etika saya.”
Seterusnya dia memetik nama Tonali antara punca dia terlibat judi online dan hutang lebih besar.
“Kemudian Tonali memperkenalkan saya kepada satu laman perjudian haram iaitu Icebet. Dan saya tidak tahu sebenarnya dia mengajak saya bertaruh dalam bola sepak. ”
“Saya dengar mereka cakap Tonali banyak hutang kerana judi. Dia yang mempengaruhi saya mendaftarkan akaun pada laman judi yang tidak pasti sama ada ianya haram atau berlesen.”
“Dargusin kemudian meminjamkan saya €40 ribu lagi. Dan wang itu saya kreditkan sebuah akaun kedai barangan kemas di Milan, tempat saya membeli jam mewah itu. Wang itu untuk dihantar ke platform perjudian.”
“Pertaruhan pertama saya buat dalam acara tenis. Dan kemudian saya bertaruh dalam bola sepak menerusi laman tersebut. Antara perlawanan yang saya bertaruh adalah Torino vs Milan, Porto vs Atletico dalam aksi UCL, dan Real Madrid vs Inter.”
“Saya kini stress, kerana seringkali mendapat ancaman kerana hutang saya yang banyak. Ada yang mengugut mahu mematahkan kaki saya. Dan saya fikir saya berjudi hanya untuk membayar hutang saya yang meningkat sehingga €3 juta. Ketika aksi Sassuolo lawan Juventus pada 1 April 2023, saya membuat kesilapan di atas padang, dan saya dikeluarkan. Pada masa itu saya menangis.”
Oleh kerana Fagioli menyerah diri dan memetik beberapa nama pemain lain ketika siasatan, dia dikurangkan hukuman gantung daripada 12 bulan kepada 7 bulan sahaja.
Namun situasi ini membuatkan Tonali turut disiasat kerana dia ada disebut oleh Fagioli dalam siasatan dijalankan polis.
Tonali Dan Zaniolo Disiasat Kerana Disyaki Terlibat Perjudian
Tonali kini berdepan hukuman penggantungan jika didapati bersalah. Ejennya mengakui Tonali pemain muda yang ketagih judi dan berharap semua pihak menyokong pemain itu untuk keluar daripada masalah itu.
Lebih mengejutkan apabila laporan dari Itali menyebut, masalah ketagihan judi Tonali yang kronik punca AC Milan menjualnya ke Newcastle. Kerana mereka tahu pemain itu hanya menunggu hari sahaja daripada ‘kantoi’.
Milan tidak mahu menanggung risiko kehilangan pemain itu kerana penggantungan.