Bintang tengah sensasi Newcastle, Sandro Tonali dan Nicolo Zaniolo kini disoal siasat oleh polis kerana disyak terlibat dalam perjudian haram.
Baca Juga:
- Tonali Sudah Temui Rentak
- Ranieri Kritik Mancini Pilih Arab Saudi Berbanding Itali Kerana Wang
- Premier League Dedahkan Ada 120 Bekas Pemain Ketagihan Judi Dan Dadah
Berita itu mengejutkan ramai pihak sehari selepas bintang Juventus, Fagioli turut didakwa melakukan kesalahan sama.
Zaniolo dan Tonali merupakan pemain kebangsaan pasukan Itali dan dianggap nadi penting pasuksn menjelang aksi kelayakan EURO menentang England.
Dengan berita terbaru ini, penglibatan mereka dalam kempen kelayakan kali ini diragui. Dan jika didapati bersalah, hukuman lebih besar menunggu mereka.
🚨 BREAKING: Nicolò Zaniolo and Sandro Tonali have been questioned by authorities.
This happens after being accused about possible involvement in illegal betting.
Aston Villa and Newcaste players have both left Italy training camp after speaking to the police. pic.twitter.com/P2JJYPEUKL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 12, 2023
Fabrizio Romani dalam Tweet beliau berkata: “MUKTAHIR: Nicolo Zaniolo dan Sandro Tonali disoal siasat oleh pihak berkuasa. Ini kerana mereka disyaki terlibat dalam pertaruhan / perjudian haram.”
“Pemain Aston Villa dan Newcastle tersebut, masing masing meninggalkan kem latihan Itali selepas bercakap dengan polis.”
Menurut saluran RAI Sport, delegasi pasukan Itali yang diketuai Gigi Buffon turut pergi besama sama kedua dua pemain untuk memantau siasatan kes itu.
Zaniolo dikatakan telah membuat pertaruhan melibatkan Roma pada kempen Coppa Italia, ketika dia masih dalam skuad tersebut.
FA Itali berkata: “Persatuan dengan ini memaklumkan bahawa, pada lewat petang, pegawai dari pejabat pendakwaraya Turin telah mengarahkan agar Sandro Tonali dan Nicolo Zaniolo disiasat.
Tonali e Zaniolo lasciano il ritiro di Coverciano #Nazionale #Azzurri #VivoAzzurrohttps://t.co/OQSI8VhCPN
— Nazionale Italiana ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri) October 12, 2023
FA Itali turut mengesahkan bahawa kedua dua pemain juga diberikan kebenaran jika mereka mahu terus kembali ke kelab masing masing selepas siasatan itu.
Tonali merupakan pemain yang menyertai Newcastle dari AC Milan. Sementara Zaniolo menyertai West Ham secara percuma dari AS Roma.
Kesalahan perjudian bola sepak melibatkan pemain sudah banyak berlaku. Dan hukuman berat menanti pesalah termasuk denda dan juga penggantungan sehingga 3 tahun. Itu pastinya bukan perkara yang mahu didengar oleh peminat mereka.