Sandro Tonali sebelum ini dianggap mungkin akan menjadi pembelian yang merugikan selepas bergelut untuk mencapai prestasi terbaik.
Namun perlahan lahan pemain tersebut menemui rentak dan pengaruhnya di atas padang dalam pasukan Milan.
Pemain tengah Itali itu menyertai Rossoneri dari Brescia secara pinjaman, dengan pilihan untuk membeli pada akhir musim 2020/2021.
Sebelum ini Tonali tidak pernah bermain 90 minit penuh. Namun akhirnya bintang yang dianggap Pirlo Baharu itu merasai permainan sepenuh masa pertamanya ketika AC Milan berdepan Celtic dalam perlawanan Kumpulan H pertama Liga Europa musim ini.
Walau bagaimanapun, persembahannya tidak memuaskan dan masih tidak memberikan impak besar dalam perlawanan.
Sandro Tonali sekali lagi diberikan kepercayaan untuk bermain selama 90 minit ketika Milan bermain menentang Sparta Prague pada perlawanan kedua.
Dan pemain itu menunjukkan aksi terbaiknya sejak menyertai AC Milan.
Tonali menjadi nadi pasukan AC Milan di tengah. Pasukan Rossoneri berjaya menang 3-0 dalam perlawanan tersebut.
3 gol Milan sumbangan Brahim Diaz, Rafael Leao dan juga Diogo Dalot.
Tonali berpuas hati dengan prestasinya dan merasakan dia sudah kembali kepada prestasi asalnya.
“Tidak pernah mudah untuk kembali setelah sebulan di rumah, terutama ke Milan yang berada di prestasi kemuncak. Saya merasakan bahawa saya kembali ke penampilan terbaik saya,” kata Tonalo kepada Sky Sport Italia.
Tonali mengakui tekanan yang berat harus dipikul beliau ketika menyarung jersi AC Milan.
“Baju Milan ini ‘berat’, tetapi secara umum saya mungkin tak mampu untuk mengalasnya, jadi perlawanan ini sangat bagus untuk saya dan pasukan untuk menemui keserasian antara kami.”
Sandro Tonali vs. Sparta Praha:
➤ 90 minutes
➤ 75 completed passes
➤ 96% pass accuracy
➤ 2 successful long balls
➤ 2 successful dribbles
➤ 2 successful tackles💪🔴⚫️
[Via @ACMilanBros] pic.twitter.com/QXCMVx6g5D
— MilanData📊 (@acmilandata) October 29, 2020
“Tidak pernah mudah untuk menang, terutama sekali dengan skor 3-0, jadi kami gembira,”
Selepas ini, AC Milan menentang Udinese di dalam saingan liga. Di mana AC Milan masih memimpin carta liga dengan menjadi pasukan tunggal di Itali rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan.
Baca juga perkembangan lain
Analisis: Tactical Error Leipzig Babak Kedua Membuatkan Mereka Dibantai Rashford
UCL: Kisah Morata Hatrik Ofsaid Hiasi Kekalahan Juve Di Tangan Barcelona