Sandro Tonali digantung 10 bulan kerana terlibat dalam masalah judi bola sepak.
Baca Juga:
- Pemain Juventus Ini Salahkan Ibunya Dan Tonali Punca Dia Terjebak Judi
- Tonali Dan Zaniolo Disiasat Kerana Disyaki Terlibat Perjudian
- Tonali Sudah Temui Rentak
Pemain itu sebelum ini disiasat atas dakwaan berjudi dalam bola sepak, dan dia mengakuinya. Namun dia menafikan dia berjudi untuk pasukan AC Milan atau berkaitan dirinya sendiri.
Nama Tonali mulai disiasat selepas Nicolo Fagioli memetik Tonali sebagai orang yang bertanggungjawab mempengaruhinya terlibat dalam judi di laman haram.
Pemain Juventus Ini Salahkan Ibunya Dan Tonali Punca Dia Terjebak Judi
Tonali sebelum ini dilepaskan daripada tugasan antarabangsa untuk menyelesaikan kesnya dengan polis yang menyiasat kes tersebut.
Tonali akhirnya membuat pengakuan bahawa dia memang terlibat dalam perjudian.
Penggantungan ini akan menjadi tamparan hebat terutama sekali buat Newcastle United. Kerana Tonali menjadi nadi penting di bahagian tengah pasukan itu.
Tonali turut menjadi bakat penting dalam pasukan kebangsaan Itali.
Lebih mengejutkan, Newcastle mendapat tahu, alasan utama AC Milan tiba tiba mahu menjual pemain tengah terbaik mereka musim lalu itu, kerana mereka tidak mahu mengambil risiko di atas ketagihan Tonali kepada judi.
Ejen beliau mengakui Tonali ketagih judi dengan teruk. Dan dia meminta semua pihak menyokong Tonali yang masih muda agar dia segera keluar daripada masalah tersebut.
Selain daripada penggantungan, Tonali diminta untuk menghadiri kelas pemulihan ketagihan judi bersama dengan rakannya Fagioli.
🚨⚪️⚫️ Sandro Tonali will be banned for 10 month — sources confirm final indications, waiting on statement.
He won’t be able to play for 10 months due to gambling addition scandal.
There will be additional months of participation in gambling rehab plan, same as Nicoló Fagioli. pic.twitter.com/USw2ynRE9V
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 25, 2023
Dengan Tonali yang digantung 10 bulan, Newcastle pastinya mencari alternatif untuk mengisi tempat beliau pada Januari ini.
Selain Tonali, seorang lagi bintang Itali yang bermain di EPL, Nicolo Zaniolo turut berdepan hukuman berat atas kesalahan sama.
Tonali Dan Zaniolo Disiasat Kerana Disyaki Terlibat Perjudian