Sri Pahang FC akan membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai tunggakan gaji bekas pemain, Mohamadou Sumareh.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Pahang diarahkan untuk membayar Sumareh US$1.2 juta (RM4.9 juta) berkaitan isu tunggakan gaji.

Sumareh sebelum ini mengambil tindakan untuk membuat aduan rasmi ke FIFA kerana tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ketika bersama skuad tok gajah musim lepas sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Beliau telah menandatangani kontrak dengan Pahang sehingga 2022 dan mempunyai kenaikan gaji sebanyak AS$ 5,000 (RM20,362) setahun pada musim kedua. Namun begitu, FIFA mendapati Pahang gagal membayar gaji mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

Pahang
Sumber Gambar: Police Tero FC

Jumlah US$1.2 juta yang diumumkan oleh FIFA adalah jumlah hutang dalam tahunan ditambah pula dengan pelanggaran kontrak untuk musim 2020 dan 2021. Ini adalah jumlah terbesar yang telah diraihkan oleh pemain dari Liga Malaysia.

Pahang FA diberi tempoh selama 45 hari untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu. Mereka juga boleh membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara sukan jika alasan yang dikemukakan oleh FIFA tidak cukup kuat untuk menghukum mereka.

Kegagalan membayar tunggakan gaji kepada Sumareh menyaksikan Pahang bakal dikenakan hukuman sekatan perpindahan dan juga pemotongan mata liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Isu Tunggakan Gaji: FIFA Arah Pahang Bayar RM4.9 Juta Kepada Mohamadou Sumareh

Adrien Jurad Chamrong: Kalau Tak Kerana Gol Itu, Orang Masih Ingat Saya Dari Thailand

Melaka United Buru Khidmat Penyerang Import Dari Montenegro