Victor Osimhen kini dilaporkan mahu tinggalkan Napoli kerana sangat kecewa dengan tindakan pegawai media sosial kelab yang mempersendakan dia gagal menyempurnakan penalti.
Baca Juga:
- Osimhen Mahu Saman Napoli Kerana Mengaibkan Maruahnya
- Napoli Tetapkan Harga Tak Masuk Akal Untuk Victor Osimhen
- Ranieri Kritik Mancini Pilih Arab Saudi Berbanding Itali Kerana Wang
Osimhen sebelum ini mengancam untuk menyaman kelab itu selepas dia ditroll oleh akaun media sosial kelab sendiri dengan satu video yang dianggap mencemarkan imejnya.
🇳🇬 This was the original video posted by Napoli about Victor Osimhen… and then deleted.
⚠️ …player’s agent Calenda announced that Osimhen is considering to take legal action against Napoli. pic.twitter.com/0PLunco9aD
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 26, 2023
Ejen kepada pemain tersebut sudah mengelurkan kenyataan bahawa, mereka benar benar serius mahu menyaman Napoli. Osimhen sangat marah memandangakn video itu dipertontonkan kepada umum menerusi TikTok.
Osimhen turut memadamkan gambar dia bersama dengan Napoli meraikan kejuaraan Serie A musim lalu. Dia kembali ke pusat latihan dengan wajah yang tidak gembira. Dan satu video menunjukkan dia tidak girang seperti biasa.
Osimhen malah tidak bersalaman dengan pemain lain, hanya pengurusnya sahaja.
Victor Osimhen arriving @ Napoli’s team hotel ahead of Udinese game after the public statement considering legal action against the club 🔵🇳🇬
Not greeting Demme and Zielinski but shaking hands with team manager Santoro.
🎥 @GennyDelVe — Enzo Buonopic.twitter.com/D1agIktIiE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 27, 2023
Rakan kepada Osimhen yang merupakan seorang wartawan bola sepak di Nigeria, Oma Akatugba menegaskan bahawa pemain itu kini tidak mahu melanjutkan kontrak dengan pasukan itu dan mahu meninggalkan kelab itu segera, iaitu seawal Januari ini.
Osimhen merupakan wira Napoli dalam kejuaraan Serie A musim 2022/23. Dia juga menarik minat banyak kelab. Namun dia kekal menghormati kelab itu yang hanya akan menjualnya jika ada tawaran €200 juta.
Walaupun dia pernah menyatakan hasratnya untuk berpindah namun dia benar benar profesional dalam isu tersebut. Tidak pernah mogok atau mendesak kelabnya menerima tawaran daripada kelab lain.
PSG pernah menawarkan Napoli €150 juta, ketika Mbappe dan kelab itu sedang berkonflik isu kontrak. Namun Napoli meminta PSG membayar €200 juta, dan akhirnya rundingan gagal. Osimhen turut menarik minat daripada kelab kelab EPL dan Arab Saudi.
Presiden kelab Aurellio De Laurentiis kemudian yakin bahawa Osimhen akan melanjutkan kontrak baharu dengan menawarkan dia gaji sangat tinggi.
Kini Osimhen mahu tinggalkan Napoli kerana menganggap tindakan mengejeknya dengan video adalah biadap dan tak boleh diterima. Ini bukanlah pertama kali akaun TikTok Napoli menjadikan Osimhen sebagai bahan jenaka. Sebelum ini dia pernah ditroll kerana gaya rambutnya yang dianggap macam kelapa.
🚨 Another deleted Napoli TikTok taking the piss out of Victor Osimhen. 🤯
(🎥 @EduardoHagn)
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 27, 2023