Presiden Napoli, Aureio De Laurentiis yakin bahawa Victor Osimhen akan terus kekal bersama Napoli pada musim hadapan.

Osimhen sebelum ini sudah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu. Liga Perdana Inggeris adalah destinasi idaman pemain itu.

Namun begitu sukar untuk mencari pembeli selepas Napoli meletakkan tanda harga terlalu tinggi.

Laurentiis malah meletakkan harga Osimhen sebanyak €200 juta selepas kelab itu menjuarai Serie A. Sebelum itu Laurentiis sedia melepaskan Osimhen dengan nilai sekurang kurangnya €150 juta.

PSG adalah kelab yang cuba membeli Osimhen. Namun menarik diri daripada persaingan itu setelah Napoli meminta €200 juta untuk pemain tersebut.

Alasan utama Laurentiis meminta €200 juta adalah kerana PSG dijangka akan menjual Kylian Mbappe ke Real Madrid dengan nilai yang sama.

Kelab kelab lain seperti Chelsea, Arsenal dan Man United yang sebelum ini dikaitkan dengan Osimhen kelihatan tidak memulakan sebarang langkah untuk membida pemain itu.

Napoli kemudian menyatakan mereka kehairanan, kerana tiada kelab yang berminat mahu membeli Osimhen sedangkan mereka sedia menjual pemain itu.

Kini Napoli sedia untuk melihat Osimhen terus kekal bersama mereka sekurang kurangnya semusim lagi.

Laurentiis berkata: “Kita akan melihat Victor Osimhen memakai jersi kelab kita musim hadapan.”

Seterunya Laurentiis juga berikrar mahu mencari lebih ramai bakat luar biasa pada harga murah seperti Kvaratskhelia dan Osimhen.