Victor Osimhen benar benar bengang dengan Napoli dan pihaknya dalam proses untuk saman kelab itu.

Baca Juga:

Sebelum ini Osimhen sangat menghormati Napoli dan tidak pernah mendesak kelab itu menerima bidaan daripada kelab besar lain untuknya.

Dia menerima banyak tawaran daripada kelab lain, namun dia menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Napoli dalam perkara iatu. Napoli dilaporkan pernah menolak tawaran €150 juta daripada PSG dan meminta €200 juta untuk Osimhen.

Pemain itu musim lalu membayangkan dia mahu merasai cabaran baharu di kelab lain. Tetapi dia tetap menghormati kontraknya bersama Napoli. Dan dia benar benar berpegang teguh kepada janjinya.

Osimhen merupakan penyerang yang berstatus legenda membantu kelab itu menamatkan kemarau trofi dan kejuaraan Serie A.

Namun layanan kelab itu kepadanya baru baru ini benar benar membuatkan dia bengang. Osimhen pada minggu lalu dilihat bengang dikeluarkan dan bertikam lidah dengan jurulatihnya.

Selepas itu petugas media sosial Napoli memuat naik video mengejek penyerang itu yang dilihat merengek mahukan penalti tetapi selepas itu gagal menyempurnakannya.

Osimhen menganggap tindakan itu mengaibkan maruahnya dan mahu menyaman kelab. Perkara itu disahkan sendiri ejen pemain itu bahawa Osimhen serius mahu ambil tindakan saman ke atas Napoli.

Ramai peminat terkejut dengan kebiadapan pegawai media sosial Napoli yang dianggap tidak mengenang budi Osimhen yang telah menjadi pemain luar biasa memikul kelab itu kepada kejuaraan Serie A musim lalu.

Malah wartawan sukan terkenal Zach Lowy turut menganggap tindakan itu sebagai sangat mengejutkan.

Ini bukan pertama kali Napoli mempersendakan pemain itu. Sebelum ini mereka mengejek rambut Osimhen.