Ole Gunnar Solskjaer menyanggah pandangan bahawa pasukan Manchester United ada masalah psikologi setiap kali bermain dalam peringkat separuh akhir.
Man United kalah lagi dalam aksi separuh akhir, kali ini di tangan jiran sebandar, Man City di Old Trafford.
Dan ini adalah kali kedua Man United tewas di tangan City dalam separuh akhir Piala Liga – dalam beberapa tahun ini.
United sebelum ini turut tewas di tangan Sevilla dan Chelsea – masing masing dalam separuh akhir Liga Europa dan Piala FA.
“Kita hari ini bermain menentang pasukan yang sangat baik, Man City. Itu sudah pasti. Mereka bermain sangat baik dan apabila mereka bermain baik, kamu kena bermain baik untuk menewaskan mereka.”
“Itulah realiti yang kami hadapi. Kami agak kurang sikit berbanding mereka.”
“Saya rasa, apabila kamu kalah di separuh akhir, dan kalah di tangan lawan, kamu berpendapat bahawa mereka layak.”
“Namun Man United pada hari ini semakin hampir ke ‘final’. Ini adalah versi Man United yang lebih baik – beraksi dalam semifinal berbanding tahun lalu. Jadi, itu perkara positif. Cuma ia tak cukup lagi.”
"We're getting closer – this is a much better version of United than a year ago."
Solskjaer insists United semi-final hoodoo is 'not psychological' despite latest defeat. https://t.co/l9GzcZL2Kn
— Standard Sport (@standardsport) January 6, 2021
Solskjaer yakin pasukannya tidak akan tekesan secara mental ataupun psikologi selepas gagal dalam 4 semifinal.
“Ini tiada kaitan dengan psikologi. Ianya kadangkala kerana kamu berdepan pasukan kuat di separuh akhir dan kami tak cukup lagi. Kami berdepan pasukan yang kemungkinan merupakan pasukan terbaik di England.”
“Dan kami gagal untuk memberikan yang terbaik pada hari ini.”
“Kami mahu ke final dan ia boleh memberikan kami tonik tambahan. Namun itu tak terjadi, jadi kamu harus melupakannya. Gunakan malam ini sebaiknya untuk melupakan kekecewaan ini.”
“Selepas ini kita ada perlawanan penting berdepan dengan Burnley dan Liverpool. Dalam sebulan lagi, kembali beraksi dalam perlawanan Europa. Masih ada banyak perlawanan untuk dimainkan.”
Baca juga perkembangan lain
Serie A: Chiesa Dan Dybala Hancurkan Rekod Tanpa Kalah AC Milan
Man United Catat Rekod Ngeri, Kecundang Di Semifinal Buat Kali Keempat Berturut Turut
Solskjaer: Kami Sudah Berkembang Pesat Selepas Kalah 3 Kali Di Separuh Akhir