Kami masih menjadi kelab No.1 di Manchester walaupun Manchester City berjaya menikmati lebih kejayaan kebelakangan ini,” menurut Ole Gunnar Solskjaer.
City telah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana sejak kejayaan terakhir United pada 2013. Dan City sentiasa menamatkan liga di atas United sejak 5 musim terakhir, atau lebih tepat di bawah kendalian Guardiola.
Tetapi menjelang perlawanan derby Sabtu di Old Trafford, Solskjaer berkata pasukan merah itu masih menjadi pilihan utama di antara dua kelab Manchester.
Ole berkata: “Anda perlu menghormati apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh 10 tahun lalu atau lebih-lebih lagi dalam empat atau lima tahun terakhir dengan betapa dominannya mereka di England dan di Eropah.”
“Tetapi kami adalah Man United, kami sentiasa akan bangkit. Saya berpendapat, kami adalah kelab No.1 di Manchester dan mungkin juga nombor 1 di dunia.”
Ole Gunnar Solskjaer: Man Utd are still the biggest club in the city – and probably the world | @TelegraphDucker (currently free to read in the UK) https://t.co/HqQ5wJpAOL
— Telegraph Football (@TeleFootball) November 5, 2021
United tidak tewas dalam perlawanan liga kepada City sejak April 2019 dan telah memenangi empat daripada tujuh pertemuan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
Pasuka bimbingan Solskjaer hadir ke perlawana ini selepas kebangkitan mengikat Atalanta pada masa kecederaan menerusi Cristiano Ronaldo.
Pep Guardiola sudah mempersiapkan anak anak buahnya untuk mengelak Fergie Time oleh United.
“Kami perlu bersedia pada minit terakhir separuh masa pertama dan separuh masa kedua,” kata Guardiola.
“Saya agak pasti mereka akan memanggil Sir Alex Ferguson untuk memasang Fergie Time kerana saya fikir ia akan berlaku.”
Solskjaer kini perlu menentukan sama ada pasukannya bermain dengan sistem back 3 atau tidak, selepas kalah memalukan dengan keputusan 0-5 di tangan Liverpool di Old Trafford.
Pertukaran formasi telah menjadi pemangkin kepada kemenangan 3-0 di Tottenham Hotspur minggu lalu.
Namun Ole menyatakan bahawa beliau juga perlu mengambil kira tentang minit perlawanan Jadon Sancho. Di mana sistem formasi menentang Spurs dianggap tak sesuai dengan pemain seperti Sancho.
“Jadon akan bermain banyak perlawanan,” kata Solskjaer.
“Dia akan menjadi lebih baik dan lebih baik. Dalam beberapa perlawanan terakhir dia telah bermain dalam sistem yang kami telah bermain, tetapi kami tak semestinya akan mengekalkan 3-5-2 yang selalu kami akan lihat.”
“Dia tahu apa yang kami mahu daripadanya. Saya bercakap dengannya secara kerap supaya dia baik baik sahaja.”
“Kami tahu pemain yang kami tandatangani apabila kami menandatanganinya dan kami tahu dia akan menjadi salah seorang penyerang terbaik selama bertahun-tahun, sekurang-kurangnya dekad akan datang. ”
Derbi itu akan menjadi perlawanan pertama United kembali di Old Trafford sejak kekalahan memalukan kepada Liverpool tetapi Guardiola berkata City, yang akan bermula sebagai pasukan pilihan.
Dan mereka tidak akan dapat meniru prestasi pasukan Jurgen Klopp.
“Bola sepak bukan copy paste,” kata Guardiola.
“Selepas kekalahan ini [menentang Liverpool] mereka mengubah ‘set up’ menentang Tottenham dan ia berjaya.”
“Saya tahu daripada gaya United bermain dalam Liga Juara-Juara apabila mereka ketinggalan mereka meletakkan banyak penyerang dan apabila mereka mendahului mereka meletakkan lebih banyak pertahanan. Kita akan lihat esok [hari ini] apa yang mereka akan lakukan.”
“Jika anda mahu melakukannya seperti Liverpool, anda mahu Jurgen Klopp, [Sadio] Mane dan [Mohamed] Salah ada dalam pasukan ini.”
“Kami tidak boleh bermain seperti Liverpool bermain kerana kami mempunyai pemain yang berbeza dan cara bermain yang berbeza.”