Neymar terus menyatakan hasratnya untuk pulang semula ke Barcelona. Dan terbaru, Mundo Deportivo melaporkan Neymar sedia untuk dipotong separuh daripada gajinya di PSG.
Neymar kini menerima sekitar £600,000 seminggu di PSG. Dan beliau sudah sedia untuk kehilangan £300,000 seminggu ataupun sekitar RM1.6 juta.
🗞️ Aquí os dejamos nuestra portada de hoyhttps://t.co/pNnOGV34G1 pic.twitter.com/7cDod0RvK0
— Mundo Deportivo (@mundodeportivo) May 3, 2020
Neymar sudah menyatakan kepada PSG bahawa beliau tidak akan menandatangani kontrak baharu kerana mahu pulang semula ke Barcelona.
Oleh itu, terpulang kepada PSG, sama ada mahu menjual beliau ataupun melihat beliau pergi secara percuma selepas ini.
PSG membeli Neymar sebelum ini dengan harga £200 juta. Dan beliau berjaya menjadi pemain utama di PSG bergandingan dengtan Kylian Mbappe serta Edinson Cavani.
Namun sejak musim lalu, Neymar mulai menyatakan hasratnya untuk kembali semula ke Barca.
Kepulangan semula itu dihangatkan lagi apabila pemilik PSG, Nasser Khelaifi membandingkan sikap diva Neymar dengan Mbappe.
Neymar yang mara kemudian mengeluarkan kenyataan tak mahu pulang ke PSG dan mendedahkan dia menyesal meninggalkan Barcelona.
Usaha untuk mambawa Neymar pulang gagal dilakukan kerana PSG berkeras mahukan sekitar £200 juta untuk Neymar.
Beliau kemudian kembali ke PSG selepas pulih dan berikrar akan memberikan yang terbaik pada musim ini. Neymar tetap berhasrat untuk kembali semula ke Barcelona.
Ramai yang melihat Neymar bakal kembali semula bergandingan dengan Lionel Messi.
Barcelona kini sedang berusaha menjual beberapa pemain mereka bagi mengumpul dana untuk mendapatkan semula Neymar.
Tahun lalu, Lionel Messi menyatakan beliau mahu melihat Neymar kembali semula ke Barcelona. Messi menganggap Neymar sebagai pemain yang beliau gemari untuk beraksi bersama.
Neymar, Messi dan Luis Suarez pernah membentuk trio MSN pada satu ketika dahulu.
Ianya pernah menjadi trio serangan yang paling menggerunkan di arena bola sepak. Mungkinkah peminat Barcelona akan dapat menyaksikan semula trio tersebut bergandingan?
Baca juga perkembangan lain
Xavi Mahu Kembali Ke Barcelona, Sedia Tandatangani Neymar Dan Jadon Sancho
Henry: Masa Terbaik Saya Adalah Di Arsenal Kerana Ada Bergkamp Dan Kanu