Radio Catalunya antara sumber yang menjadi rujukan utama peminat Barcelona. Dan radio tersebut melaporkan bahawa Barcelona tidak akan menandatangani Neymar pada jendela perpindahan akan datang.
Impak wabak koronavirus yang melanda pada ketika ini membuatkan kedudukan ekonomi Barcelona terkesan teruk.
Sebelum ini ada bekas lembaga pengarah Barcelona meletak jawatan kerana menjangkakan Barcelona akan menjadi lebih parah jika terus dipimpin oleh Bartomeu.
Ini kerana dalam beberapa jendela perpindahan sebelum ini Barcelona mendapatkan pemain dengan harga lebih €100 juta. Ia teah menambah beban hutang yang ditanggung oleh kelab.
Bermula daripada Ousmane Dembele (€100 juta), kemudian Philippe Coutinho (€140 juta) dan diikuti oleh Antoine Griezmann (€120 juta).
Keutamaan Barcelona sekarang adalah untuk melanjutkan kontrak Lionel Messi dan mendapatkan Lautaro Martinez bagi menggantikan Luis Suarez.
Barcelona juga bergelut untuk mendapatkan persetujuan daripada para pemain – untuk memotong 70% gaji mereka.
Dilaporkan rundingan itu akhirnya dimuktamadkan dengan para pemain setuju dipotong 50%.
Barcelona sebelum ini membayangkan bahawa Neymar akan dibawa pulang semula ke Nou Camp selepas meninggalkan mereka ke PSG.
https://twitter.com/todayng/status/1250939413971910656
Dengan keadaan semasa ini, ianya bergantung jika Barcelona dapat menjual pemain seperti Coutinho dan Ousmane Dembele dengan harga yang tinggi.
Namun Dembele kelihatan akan terus kekal di Barca kerana tidak ada tanda tanda kelab lain sanngup membayar €100 juta untuk pemain yang kerap cedera itu.
Inter Milan dilaporkan mahu Barcelona menyertakan Antoine Griezmann dalam perjanjian, jika mereka benar-benar mahukan Lautaro Martinez.
Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:
Takefusa Kubo: Messi Masih Rujukan Saya Namun Barcelona Hanyalah Kisah Silam