Barcelona dilaporkan mahukan N’golo Kante pada perpindahan yang akan datang. Pemain tengah Chelsea itu sebelum ini sudah menyatakan beliau tidak terfikir untuk meninggalkan Chelsea.
Express melaporkan bahawa, Barcelona mahu Chelsea menyertakan N’golo Kante dalam tawaran mereka bagi mendapatkan Philippe Coutinho.
Frank Lampard ketika ini masih belum membuat keputusan berkaitan dengan nama pemain yang beliau mahukan untuk terus kekal pada musim hadapan.
Ini kerana isu koronavirus yang sedang melanda dunia ketika ini.
Namun begitu Lampard masih menaruh harapan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Brazil, Philippe Coutinho ke Stamford Bridge.
Sebelum ini, Kante menjadi sasaran PSG dan juga Real Madrid. Namun 2 kelab tersebut menamatkan minat mereka selepas Kante menyatakan bahawa, beliau hanya akan berpindah sekiranya Chelsea yang mahu menjualnya.
Chelsea ace N’Golo Kante would only consider Barcelona transfer on one condition#CFC https://t.co/gaacIcZoRB pic.twitter.com/tJxK5F8xcT
— Express Sport (@DExpress_Sport) April 16, 2020
Lampard kini memiliki lambakan pemain tengah. Beliau ada pemain seperti Mason Mount, Mateo Kovacic, Ruben Loftus Cheek, Billy Gilmour dan juga Ross Barkley.
Minat daripada PSG dan Real Madrid itu menjadi hangat kerana Kante dimainkan bukan di posisi utama beliau.
Namun Kante buat masa ini tidak pernah merungut dengan isu posisi di atas padang.
Laporan di Sepanyol sebelum ini menyatakan bahawa Chelsea sudah bersedia untuk membawa Coutinho pulang semula ke EPL.
Ini selepas bekas perancang Liverpool itu gagal untuk mendapatkan kontrak tetap di Bayern Munich.
Sejak meninggalkan Liverpool, Coutinho gagal bermain pada prestasi terbaik beliau.
Barcelona sudah sedia untuk menjual Coutinho dengan harga yang jauh lagi rendah daripada yang mereka belanjakan ketika membelinya dahulu.
Barcelona sanggup menerima bayaran sekitar €70 juta untuk Coutinho selepas membayar €140 juta secara total untuk membeli pemain itu dahulu.
Baca juga berita lain dari Eropah:
Ejen Dedahkan Sane Mahu Tinggalkan Man City Untuk Bayern Kerana UCL
Pengambilalihan £300 Juta Newcastle Dipersetujui, Tunggu Pengesahan EPL