Bintang berbakat Real Madrid, Takefusa Kubo masih menganggap Messi sebagai rujukannya. Namun beliau bukan lagi peminat Barcelona kerana sudah menjadi Madridista.
Real Madrid berjaya menandatangani pemain yang digelar Messi Jepun tersebut pada Jun tahun lalu – pemain yang pernah menyertai akademi Barcelona sehinggalah dia terpaksa dilepaskan pada 2015.
Barcelona terpaksa menghantar Takefussa Kubo balik semula ke Jepun kerana FIFA mendapati kelab tersebut melanggar peraturan pemilikan pemain muda di bawah 18 tahun.
Barcelona masih berharap akan dapat menandatangani semula Takefusa Kubo sebaik sahaja beliau mencecah usia 18 tahun.
Namun malang buat Barcelona, apabila Real Madrid menawarkan tawaran yang lebih memuaskan Kubo. Beliau memutuskan untuk menyertai Real Madrid.
"I won't waste my opportunity."
Former Barcelona youngster Takefusa Kubo is dreaming of a 'great' future with Real Madridhttps://t.co/COHGFQYwR5
— Standard Sport (@standardsport) April 12, 2020
Selepas aksi cemerlang pada pra musim, Kubo telah dihantar secara pinjaman ke Real Malorca.
Dan beliau sudah menjaringkan 3 gol dengan 2 assist, daripada 24 penampilan – di mana 13 daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama.
Takefusa Kubo merupakan pemain berbakat dengan kekuatan utama kaki kirinya. Beliau merupakan pemain no.10 dan boleh bermain di bahagian sayap.
Gaya permainannya yang lincah membuatkan Kubo digelar Messi Jepun.
Namun Takefusa Kubo sudah menganggap Barcelona adalah kisah silamnya, dan hanya Lionel Messi sahaja yang masih menjadi rujukannya.
Beliau mengisytiharkan dirinya sudah tidak ada sebarang kaitan dengan Barcelona termasuk tidak lagi meminati keab tersebut.
Ini kerana Kubo faham akan perseteruan di antara Barcelona dan Real Madrid.
“Pertama sekali, saya nak cakap yang saya sangat bertuah kerana Barcelona pernah memberikan saya peluang. Dan terima kasih juga kepada FC Tokyo yang mengambil saya selepas kes FIFA tersebut.”
“Terima kasih juga kepada Yokohama Marinos yang meminjam khidmat saya untuk separuh musim. Dan kini saya bermain di Mallorca.”
“Kami ada mendengar, minat daripada beberapa kelab. Namun keluarga saya, ejen saya tidak tahu dengan lebih lanjut tentang peraturan pemain muda sebelum saya berusia 18 tahun.”
“Ketika saya berusia 18 tahun pada 4 Julai, Madrid menyatakan mereka mahu datang ke Jepun. Mereka datang ke rumah kami dan ianya satu perkara yang mengharukan kami.”
“Apabila saya sudah berusia 18 tahu, saya boleh memilih mana mana pasukan. Dan saya memilih Real Madrid, kerana minat merka ke atas saya. Dan sekarang saya adalah seorang ‘yang sangat’ Madridista.”
Why did you choose Real Madrid?
Takefusa Kubo: "First, the sporting plan for the future they had designed for me. It was really exciting. After, coming to Japan to show me and explain it to me face to face. And also, it said a lot that a club this big could have interest in me." pic.twitter.com/Y1nsPH2bTy
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) April 12, 2020
“Saya tak kenal Messi secara peribadi. Namun beliau adalah rujukan kepada ramai pemain muda yang mahu menjadi pemain bola sepak.”
“Ketika muda, saya banyak menonton video beliau. Messi adalah pemain bola sepak yang sangat hebat.”
“Messi menjadi rujukan kepada pemain macan saya dan pemain berkaki kiri yang lain – yang tidak tinggi, dan karakter utama di atas padang adalah menggelecek dan cara beliau mengawal bola. Messi adalah kemuncak kepada semua itu.”
Baca artikel bola sepak menarik yang lain ketika PKP:
Scholes: United Masih Jauh Di Belakang City & Liverpool Walaupun Ada Fernandes
Mourinho Menyesal Langgar Protokol Kerajaan, Sedia Terima Hukuman