Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo mengucapkan terima kasih kepada Real Mallorca setelah beliau menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab itu dari Real Madrid.
Menerusi laman media Instagram miliknya, selain mengucapkan terima kasih, Kubo turut memohon maaf kepada semua pihak terutamanya penyokong kerana gagal membantu pasukan itu untuk kekal dalam saingan La Liga musim hadapan.
Mallorca menamatkan saingan di tangga ke-19 sekaligus tersingkir ke saingan divisyen kedua liga bola sepak Sepanyol iaitu Segunda División bagi musim 2020/2021.
“Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan sepanjang musim. Saya meminta maaf kerana gagal untuk menepati sasaran yang saya tetapkan. Satu musim yang panjang, penuh dengan emosi dan tidak terlupakan.
“Dari awal lagi semua pihak baik terhadap saya. Seminggu pertama di sini saya sudah merasakan seperti berada di rumah sendiri. Ia banyak membantu saya dari segi pemain dan juga diri saya. Terima kasih sekali lagi,” kata Kubo.
Takefusa Kubo membuat 35 penampilan musim ini dan beliau menjaringkan 4 gol serta menyumbang 5 assist. Pemain yang turut tersenarai dalam pencalonan “Golden Boy” 2019-2020 bersama Luqman Hakim ini akan kembali ke pangkuan parent club beliau, Real Madrid.
Baca artikel lain mengenai Takefusa Kubo di sini:
Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini
Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan
Takefusa Kubo: Messi Masih Rujukan Saya Namun Barcelona Hanyalah Kisah Silam