Perpindahan pemain muda Jepun, Takefusa Kubo yang menyertai kelab gergasi La Liga, Real Madrid sememangnya mengejutkan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia. Kelab yang sinonim dengan pengambilan pemain bintang dari sekitar Eropah dan Amerika Selatan ini akhirnya merekrut pemain dari Asia dan memberikan peluang bagi menampilkan kualiti yang dimiliki.
Baru-baru ini, tersebar satu video di media sosial yang memperlihatkan Kubo menjalani latihan bersama skuad utama Real Madrid yang dibarisi oleh pemain seperti Karim Benzema, Eden Hazard, Marcelo, Gareth Bale dan Sergio Ramos. Kubo dilihat menunjukkan kebolehan beliau menggelecek bola serta menjaringkan beberapa gol.
Berdasarkan video tersebut, ramai yang meramalkan pemain berusia 18 tahun itu akan diberi peluang untuk terus beraksi bersama skuad utama dan bukannya bersama pasukan pembangunan Los Blancos, Real Madrid Castilla. Ini kerana, selain kualiti yang dimiliki, Kubo turut fasih berbahasa Sepanyol dan perkara ini bakal membantu beliau untuk menyesuaikan diri.
Takefusa Kubo telling Eden Hazard that he used to watch his videos 😁
Now he’s the Belgian star’s Real Madrid teammate 🙌#RMCFpic.twitter.com/2qRjb47xpr
— GiveMeSport Football (@GMS__Football) July 14, 2019
Selain Takefusa Kubo, rakan sepasukan beliau dalam skuad kebangsaan Jepun, Hiroki Abe juga bakal mewarnai saingan Liga Sepanyol musim ini dimana Abe menyertai musuh tradisi Real, FC Barcelona.