Neymar dilaporkan tidak gembira dengan komen Nasser Al Khelaifi baru baru ini tentang beliau.

Penyerang itu, yang menyertai PSG dari Barcelona pada musim panas 2017 dengan harga €222 juta , perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak>

Nemyar kini dilaporkan sedang mencari destinasi baharu walaupun kontraknya bersama PSG akan dilanjutkan secara automatik sehingga 2027 mulai 1 Julai.

RMC melaporkan bahawa Paris Saint-Germain telah memutuskan untuk sedia menjual pemain bintang termahal mereka itu. 

Kedua-dua kelab dan pemain telah mencapai kata sepakat bahawa perkara terbaik untuk kedua-dua pihak adalah pergi ke haluan masing-masing. Namun PSG berharap akan mendapat harga terbaik.

 

Kata-kata pedas Al-Khelaifi tentang Neymar baru baru ini telah mengguris hati pemain tersebut.

Nasser Al-Khelaifi bercakap kepada Le Parisien dengan menyatakan bahawa Neymar bukannya ‘tidak boleh disentuh’ di dalam kelab mereka.

“Tentang kemungkinan pemergian Neymar pada musim panas ini? Apa yang saya boleh beritahu anda ialah kami mengharapkan semua pemain melakukan lebih baik daripada musim lalu,” dakwa presiden PSG itu tanpa sepatah kata pun dia mempertahankan Neymar seperti sebelum ini.

Kata-kata ini mungkin menyentuh hati seorang pemain yang tahu dia tidak menunjukkan prestasi terbaiknya musim lalu.

Di mana Neymar hanya membuat 28 penampilan dan menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan.

Angka itu jauh daripada apa yang dijangkakan daripada pemain yang sebelum ini berpindah ke PSG untuk keluar daripada bayang bayang Messi dan seringkali dianggap pengganti kepada untuk menduduki takhta Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi ketika tiba di Paris pada 2017.

Menurut RMC Sport, Neymar, tidak seperti musim-musim sebelumnya, tidak bercadang untuk meninggalkan Paris pada musim panas ini menjelang Piala Dunia yang amat penting baginya dan Brazil.

Tetapi penstrukturan dalaman yang sedang dilalui PSG dan peningkatan bayaran gaji Kylian Mbappe telah membuatkan PSG perlu mengurangkan bil gaji mereka.

Seterusnya pengarah sukan yang baharu Luis Campos memang ditugaskan untuk memperbaiki aspek perbelanjaan PSG. Antara yang akan dilakukan Campos adalah menstruktur semula pasukan.

Nama Neymar antara nama yang dicadangkan untuk dijual untuk membolehkan PSG tidak berdepan masalah di kemudian hari.

Neymar tiba di PSG sebagai bintang bersinar dan tokoh utama dalam projek Paris yang berduit besar Qatar dalam bola sepak Eropah.

Musim panas 2017 itu, Mbappe datang menyertainya.

Lima tahun selepas pembelian mereka, Neymar telah berada tempat di belakang di Paris dan Mbappe dalam projek pasukan.

Tahun demi tahun, PSG telah gagal dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Secara ringkasnya, PSG percaya masanya sudah tiba untuk meletakkan era Neymar di belakang mereka dan memberi tumpuan kepada Mbappe, yang dianggap masa depan kelab dan bola sepak dunia.

Luis Campos dikatakan sudah meminta pandangan Mbappe tentang perkara itu dan Mbappe tidak mahu masuk campur dalam urusan penjualan Neymar. Dalam erti kata lain Mbappe tiada masalah dengannya.