Thierry Henry mengakui bahawa lebih mudah bermain di Arsenal berbanding dengan di Barcelona.

Henry menikmati karier yang luar biasa di Arsenal daripada 1999-2007. Di mana dalam tempoh tersebut beliau berjaya membantu Arsenal menjuarai dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Salah satu daripada kejuaraan liga itu adalah dengan gelaran tak terkalah, ataupunĀ invincible pada musim 2003/2004.

Kegemilangan Henry bersama Arsenal membuatkan Barcelona mendapatkan khidmatnya pada tahun 2007.

Di Barcelona Henry terus meraih beberapa gelaran lagi termasuk 6 piala pada 2009. Henry juga menamatkan penantiannya untuk menjuara Liga Juara Juara Eropah bersama dengan Brcelona.

Namun begitu, secara peribadi, Henry merasakan masa beliau di Arsenal adalah lebih baik berbanding dengan di Barcelona.

Beliau menegaskan, satu perbezaan yang ketara adalah kebebasan di atas padang.

Di Arsenal beliau diberikan peranan bebas. Manakala di Barcelona beliau lebih terhad.

Di Arsenal, beliau dibantu oleh pemain seperti Bergkamp dan Kanu. Manakala di Barcelona, beliau perlu beradaptasi dengan sistem permainan yang berasaskan Lionel Messi.

“Saya berada di Arsenal dan tak pernah ingin meninggalkan mereka. Namun akhirnya saya pergi ke Barcelona.”

“Saya menyertai Barcelona dengan gaya bermain yang berbeza. Saya melihat kembali gaya permainan saya di Arsenal, ada Dennis dan Kanu di sana.”

https://twitter.com/FutbolBible/status/1254391023989485574

“Saya mampu bergerak ke mana pun di garisan hadapan, muncul dari tengah atau membawa bola dari sisi kiri atau kanan.”

“Frank) Rijkard menyuruh saya untuk kekal bermain di sisi kiri. Kemuadian (Pep) Guardiola datang. Beliau jurulatih yang sangat bagus namun anda perlu sangat mengikuti percaturannya.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Manuel Neuer: Pemain Yang Mengubah DNA Sweeper Keeper Dengan Caranya Tersendiri

CFO Juventus: ‘Kami Tak Akan Bayar Gaji Pogba Sama Dengan Ronaldo’

‘Hanya Satu Kekalahan Yang Membuatkan Saya Menangis’