Sebelum ini laporan menyebut bahawa Thierry Henry rasminta menjadi pengurus skuad B-21 Perancis. Namun berita itu dilaporkan tidak tepat.

Ianya hanya spkeluasi yang dibuat sebaik sahaja Henry menghantar surat perletakan jawatannya sebagai pundit di Prime Video.

Dia dilaporkan telah bersetuju untuk membimbing pasukan B-21 Perancis dalam misi Sukan Olimpik 2024 di Paris. Ianya dianggap penting untuk memastikan Perancis melupakan kegagalan merangkul Piala Dunia 2022 yang lalu.

Namun L’Euipe kemudian menyatan bahawa berita itu tak tepat. Kerana terdapat konflik dalam rundingan Henry dengan FFF kerana Henry mendapat tajaan eksklusif daripada Puma. Perancis B-21 pula pasukan tajaan eksklusif Nike.

Henry tidak rela kehilangan sebahagian besar tajaannya semata mata kerana Nike.

Namun L’Equipe tidak menolak laporan bahawa Henry sebenarnya masih berminat dengan jawatan tersebut. Dan mungkin kedua dua pihak boleh mencari penyelesaian untuk konflik tersebut.

Berkenaan dengan perletakan jawatannya di Prime Video, sebenarnya Henry meletak jawatan kerana dia mahu fokus sepenuhnya kepada kerjanya di CBS.

Henry menjadi personaliti yang menguatkan publisiti CBS dalam ulasan bola sepak eropah di Amerika Syarikat. Gandingannya dengan Kate Abdo, Micah Richards dan Jamie Carragher sebelum ini banyak mendapat respon positif daripada peminat.

Jika Henry menerima jawatan di B-21 Perancis dia harus melepaskan jawatannya sebagai pundit di CBS. Kerana FFF mahukan dia bekerja sebagai pengurus sepenuh masa.