Gary Neville menyatakan dalam ulasannya bahawa tindakan Rangnick untuk menjadikan Bruno Fernandes sebagai false 9 dalam aksi berdepan dengan Leicester sebagai membunuh Marcus Rashford.

Ketiaadaan Cristiano Ronaldo kerana sakit membuatkan The Reds cuma ada Rashford sebagai calon no.9 selepas Cavani turut tidak cergas.

Namun Rangnick memilih untuk menjadikan Bruno Fernandes sebagai false 9. Pemain yang baru sahaja melanjutkan kontraknya di Old Trafford.

Sebelum ini Marcus Rashford dilaporkan tidak gembira kerana tidak diturunkan dalam kesebelasan utama ketika berdepan dengan Manchester City.

Rashford kemudian dikatakan sedang mempertimbangkan masa depannya dengan Man United dan kemungkinan tidak akan melanjutkan lagi kontraknya.

Manchester United sekadar terikat 1-1 dengan Leiceste. Dan menyukarkan lagi peluang United untuk ke UCL musim hadapan.

Prestasi kurang memberangsangkan United hampir sahaja dihukum Leicester dengan kekalahan. Mujur VAR membatalkan gol James Madisson. Dan sekali lagi De Gea melakukan beberapa saves luar biasa.

Bercakap kepada Sky Sports, Neville berkata: “Saya agar sukar sedikit menerima sebelum perlawanan, mereka tanpa penyerang tengah [dalam kesebelasan utama].”

“Perkara itu membunuh Marcus Rashford hari ini dengan tidak menurunkannya di dalam pasukan.”

“Saya tahu dia agak hambar, saya tahu dia kurang keyakinan diri ketika ini, namun dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo pada pagi ini dan memasukkan Pogba untuk menukar sistem permainan dan cara bagaimana perlawanan ini dimainkan, serta tidak menurunkan sahaja Marcus Rashford di posisi penyerang sebagai penggantian terus, selepas dia berlatih selama 10 hari berturut turut.”

“Secara keseluruhannya, banyak sekali perkara tidak menentu dalam kelab ini.”

Rangnick menjelaskan tentang pemilihan pasukannya dengan menyisihkan Marcus Rashford serta memainkan Bruno Fernandes sebagai false 9 serta Pogba di tengah ofensif.

“Kami memutuskan untuk menggunakan sistem itu, dan kemudiannya, selepas 60 minit, kami memerlukan gol, lalu kami memutuskan untuk memasukkan penyerang tengah.”

“Jelas sekali Marcus tidak berada dalam tahap keyakinan tinggi, ianya masa yang sukar untuknya.”

Rangnick kemudian mempertahankan gaya permainan pasukannya yang menurutnya sudah bermain dengan baik.

“Jika kamu melihat keseluruhan aksi, ianya persembahan yang baik.”

“Kedua dua pasukan mencipta peluang dalam 15 minit terakhir. Kami ada 2 atau 3 peluang gol yang baik untuk disudahkan. Secara keseluruhannya, jika perlu bercakap jujur, seri adalah OK.”