Gary Neville sekali lagi mengkritik Glazers kerana polisi pemilikan mereka terhadap Manchester United, dengan keluarga billionaire Amerika bersedia untuk mengambil £11 juta daripada kelab itu.
Neville adalah salah seorang pengkritik paling lantang mengenai pemilikan kelab Liga Perdana Inggeris itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang telah menyaksikan penyokong membantah Glazers dengan lebih teruk.
Awal tahun ini, bekas bek kanan itu meminta pemilik, yang telah menjadi pemilik kelab sejak Mei 2005, untuk berundur atau sekurang-kurangnya mendengar rancangan lima pekara beliau untuk memperbaiki kelab.
Mereka masih belum melakukan sebarang perubahan ketara, dan peminat sekali lagi kecewa dengan hakikatnya sekarang tiada kemasukan setakat musim panas ini.
Kini kemarahan Neville telah memuncak apabila dia mengetahui bahawa pemilik kelab akan mengambil £11 juta daripada kelab, dan bukannya memasukkan wang ke dalamnya.
“Keluarga Glazer TIDAK sepatutnya mengambil dividen £11 juta pada Jumaat ini,” kata pakar Sky Sports di Twitter.
“Ia tidak betul dengan pelaburan yang diperlukan dalam pasukan, stadium dan tempat latihan.”
“Kedudukan tunai kelab adalah di paras rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pengumuman rasmi diperlukan untuk menghentikannya [pengambilan dividen] untuk tempoh minimum 3 tahun akan datang.”
The Glazer Family should NOT be taking £11m in dividends this Friday. It isn’t right with the investment needed in the team,stadium and training ground. The clubs cash position is low compared to previous years. An announcement is needed to halt it for the next 3 years minimum.
— Gary Neville (@GNev2) June 20, 2022
Tidak hairanlah Neville telah menyatakan masalah dengan kelab mengeluarkan wang, kerana hutang pasukan Liga Perdana Iggeris itu terus meningkat.
Laporan kewangan bulan lalu menunjukkan bahawa hutang telah meningkat sebanyak £52 juta lagi kepada £591 juta secara keseluruhan, selepas Glazers membeli kelab itu menggunakan sistem pinjaman.
Kekurangan komunikasi daripada mereka yang berada di atas kelab telah menjadi salah satu kritikan utama, walaupun Glazers mendakwa kelab akan bertambah baik selepas kegagalan Liga Super Eropah.
Minggu ini peminat mendapat gambaran yang mengejutkan tentang isu dalaman, apabila Ketua Pegawai Eksekutif Richard Arnold bertemu sekumpulan penyokong di sebuah pub dan perbualan itu dirakam secara rahsia.
Richard Arnold mendedahkan bahawa kelab memerlukan pelabur untuk membiayai projek naik taraf pusat latihan yang semakin ketinggalan dari segi teknologi dan fasiliti terkini berbanding kelab besar lain.
Selain itu Richard Arnold menjelaskan bahawa, kelab telah menjadi ‘juara’ berbelanja dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun hasilnya tidak nampak.
Di bawah Ralf Rangnick pasukan paling banyak kejuaraan Inggeris itu menamatkan saingan di tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan mereka akan mencari peningkatan yang ketara di bawah Erik ten Hag.
Ia bukanlah musim panas yang produktif setakat ini, setelah Manchester United terlepas Darwin Nunez ke Liverpool, Jurrien Timber nampaknya akan kekal di Ajax dan perpindahan untuk Frenkie de Jong masih belum menjadi kenyataan.