Sejak tiga musim kebelakangan ini, pemain dari rantau Asia Tenggara mula mendapat tempat di kalangan kelab yang beraksi dalam saingan liga terbaik sama ada di Asia ataupun Eropah.
Permintaan yang tinggi sudah pasti akan melonjakkan harga pemain tersebut dan pemain Asean juga tidak terkecuali dalam hal ini.
Berikut adalah senarai 10 pemain Asia Tenggara yang mempunyai nilai pasaran tertinggi.
1. Neil Etheridge (RM11.7 Juta)
Neil Etheridge mencipta nama bersama Cardiff City dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Musim ini, beliau beraksi bersama Birmingham City.
2. Chanathip Songkrasin (RM8.2 Juta)
Chanathip kekal berada dalam kalangan top 10 dengan nilai pasaran tertinggi setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama Consadole Sapporo.
3. Patrick Fabiano (RM3.1 Juta)
Patrick merupakan pemain kelahiran Brazil namun beliau memilih untuk mewakili Timor Leste di peringkat antarabangsa.
4. Liridon Krasniqi (RM1.7 Juta)
Liridon menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam senarai ini. Nilai beliau meningkat naik setelah menyertai JDT pada musim lalu.
5. Stefano Lilipaly (RM1.7 Juta)
Lilipaly merupakan salah satu pemain Indonesia yang menjadi buruan pasukan Liga Malaysia. Namun sehingga kini beliau masih belum mengikat kontrak dengan mana-mana kelab.
6. Hariss Harun (RM1.4 Juta)
Ketua pasukan JDT ini kekal menjadi salah satu pemain terbaik di Asia Tenggara.
7. Nguyen Quang Hai (RM1.4 Juta)
Bintang muda Vietnam ini hanya menunggu masa sebelum mana-mana kelab besar mengambil khidmat beliau.
8. Aung Thu (RM1.4 Juta)
Aung Thu merupakan salah satu pemain terbaik yang pernah dihasilkan Myanmar. Ketika ini beliau beraksi di Thai League bersama Buriram United.
9. Thierry Chanta-Bin (RM1 Juta)
Bekas pemain tengah Terengganu FC dan Perak ini kembali ke Kemboja dimana beliau beraksi bersama Visakha.
10. Faiq Bolkiah (RM975 Ribu)
Faiq merupakan pemain muda dan beliau mempunyai pengalaman beraksi bersama kelab EPL seperti Chelsea dan Leicester City.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:
Sabah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Saddil Ramdani Dan Levy Madinda
Saigon FC Diumumkan Sebagai ‘Asia Strategic Partner’ FC Ryukyu, Peluang Besar Majukan Industri