Baru-baru ini Perak FC telah berkongsi satu video di laman media sosial rasmi pasukan dimana terdapat rekaan logo baharu yang mungkin digunakan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Akan tetapi, logo yang memaparkan haiwan seladang dan digabungkan dengan warna hitam serta sedikit warna kuning itu tidak mendapat sambutan baik daripada peminat dimana rata-rata daripada mereka mengecam logo tersebut.
A new chapter begins, but the history remains.
Legends reborn. The legacy continues.
This is Perak Football Club.#PerakFC#KejorrYobKejorr#KejorrYobSkorr pic.twitter.com/b2pilcJ2u6
— Perak FC (@peraktbgmy) February 1, 2021
Tinjauan di ciapan di atas mendapati rata-rata peminat nyata kecewa dengan logo yang dipilih dimana mereka menganggap tiada sebarang usaha yang dilakukan dalam membuat rekaan salah satu elemen terpenting dalam sesebuah pasukan itu.
Logo tersebut terlalu simple serta dianggap tidak melambangkan pasukan Perak yang kini usianya sudah menjangkau lebih seratus tahun.
Tahukah kome, ajenye gampang @peraktbgmy . Edit pakai picsart je. Google gambor lembu. Rotate ke kanan. Buang asap dekat hidung tukor black and white tempek atas shield. Buh Perak FC & EST 1921. 20 Minit punya koje pon tak sampai. Padahal Perak FA dah menjangkau 100 tahun. Bodoh pic.twitter.com/UidmwRPxMd
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) February 1, 2021
Peminat juga menggesa agar pengurusan pasukan kembali menggunakan logo lama kerana dianggap rekaannya jauh lebih baik serta tidak kelihatan seperti logo yang dibuat secara “tangkap muat”.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
RASMI: Selangor FC Lancar Jersi Home 2021 Diinspirasikan Daripada Rekaan Tahun 1986
Kuching City FC Sahkan Penyertaan Dalam Pertandingan Lima Penjuru Di Johor
Piala Presiden, Piala Belia Dan Liga Premier Futsal Malaysia Ditunda Sehingga Bulan Jun