Pasukan Sabah dilaporkan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan dua pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut perkongsian wartawan The Stars, T.Avineshwaran, dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani serta pemain tengah skuad kebangsaan Gabon, Levy Madinda.
Sabah is closing in on an Indonesian winger, European centreback, African midfielder and South American striker. I believe they will seal Saddil Ramdani and Levy Madinda. As for the other two, I shall further investigate. 😂#MFLTransfer2021 #MSL2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) February 2, 2021
Saddil Ramdani sendiri sudah lama dikaitkan dengan Sabah sejak kelab itu dibimbing oleh jurulatih dari Indonesia iaitu Kurniawan Dwi Yulianto pada musim lalu.
Bagi Madinda pula, pemain yang pernah beraksi di Sepanyol, Grecee dan Turki itu bakal merasai pengalaman pertama beraksi dalam saingan liga bola sepak tanah air sekiranya berjaya mengikat kontrak bersama pasukan dari Borneo itu.
Selain dua pemain di atas, Sabah dikhabarkan sudah mengenal pasti dua lagi pemain import iaitu seorang pemain pertahanan dari Eropah dan penyerang dari negara Amerika Selatan.
Namun, identiti kedua-dua pemain import ini masih belum diketahui.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Hanelang FC Masih Belum Jelaskan Tunggakan Gaji Pemain Selepas 3 Tahun Diarahkan Oleh FAM
Rakan Sepasukan Pierre-Emerick Aubameyang Bakal Sertai Pasukan Liga Malaysia