Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan, meletakkan harapan agar penyokong dapat kembali hadir ke stadium apabila merancang untuk mengemukakan permohonan dalam masa terdekat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berpendapat, penyokong yang telah lengkap vaksin dua dos diberikan kelonggaran untuk memasuki stadium dengan kuota kemasukan mengikut kapasiti stadium bagi peringkat awal.

“Memang kelihatan bahawa liga luar seperti EPL (Liga Perdana Inggeris ), stadium sudah penuh dengan penonton. Saya dalam hal ini telah bersedia untuk mengemukakan surat permohonan agar dibenarkan penyokong dapat kembali ke stadium.

Penyokong
Dato’ Ab Ghani Hassan

“Kelonggaran ini melibatkan individu di mana yang mereka sudah lengkap dua dos dan mereka perlu membuktikan melalui sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera semasa di pintu pagar stadium bersama tiket.

“MFL tidak minta banyak iaitu sekurang-kurangnya mengekalkan peratus yang sama masuk ke dalam stadium seperti mana sebelum ini atau mungkin ditingkatkan lagi agar dapat memeriahkan perlawanan serta melegakan penyokong-penyokong di Liga Malaysia,”katanya pada sidang media pertama selaku Presiden MFL secara atas talian, pada Rabu.

Pada awal musim, penyokong dibenarkan hadir ke stadium berdasarkan SOP tertentu dengan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang dibenarkan, manakala untuk kawasan PKP Pemulihan (PKPP), 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang dibenarkan.

Namun, sebaik Liga Malaysia kembali bersambung pada 24 Julai apabila arahan Fasa1 Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh bermula pada 1 Jun lalu, penonton tidak dibenarkan hadir ke stadium.

Dalam pada itu, Ab Ghani mengharapkan tiada lagi kes positif melibatkan pemain-pemain selepas Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuching City FC kerana buat masa ini SOP pergerakan serta perjalanan Liga Malaysia dikawal sepenuhnya oleh MKN.

Penyokong
Kedah Darul Aman

“Harap tiada lagi kes positif dalam kalangan pemain kerana apabila terjadi, maka MFL terpaksa menangguhkan perlawanan sehingga 14 hari serta terpaksa beri tujuh hari tambahan untuk pasukan berlatih, jadi sudah 21 hari. Kedah terpaksa menunda lima perlawanan sementara Kuching sebanyak tujuh perlawanan.

“Jika berlaku lagi, maka sukar untuk MFL dan kami telah beri amaran keras agar semua pasukan menjaga SOP pemain serta perlu bertanggungjawab.

“MFL telah menghantar surat untuk memohon agar yang positif sahaja dikuarantin tetapi atas dasar indeks kes yang tinggi pada masa sekarang, permohonan itu telah ditolak.

“Bagaimanapun, MFL akan mohon lagi sebab majoriti pasukan telah divaksin dan kelonggaran ini dapat diberikan bila sudah ada dua dos vaksin, maka saya harap MKN dapat peritmbangkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Subkhiddin Salleh: “Pemain Jersi Biru Nombor 7 Perlu Dihukum Dengan Kad Merah”

FAM Tangguh Pengambilan Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya

Aksi Jafri Firdaus Chew ‘Tunjal’ Kaki Rabih Ataya Terima Kecaman Hebat Peminat Bola Sepak Malaysia