Kisah kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang kejuaraan saingan Liga Super Malaysia buat kali ke-7 memang satu perkara yang hebat dan wajar diraikan oleh penyokong kelab itu.
Namun, dalam kegembiraan itu ada perkara yang menyebabkan ramai peminat bola sepak lain di Malaysia khasnya tidak berpuas hati dengan pendirian oleh penganjur liga MFL yang dilihat seperti menutup mata berkaitan isu kehadiran para penyokong atau ahli keluarga ke stadium.
Visual kehadiran tersebut telah dimuat naik oleh seorang individu yang menggunakan nama eykafarhana ke platform media sosial Instagram dan telah menjadi topik hangat perbualan netizen mengenai SOP yang diamalkan oleh MFL.
Boleh ada penyokong dalam stadium ke tidak sebenarnya @MFL_MY? Atau ada sebarang kelonggaran yang dibenarkan.
Mohon penjelasan. pic.twitter.com/cgxJtPLW2U
— VOCKET FC (@vocketfc) October 2, 2020
Walaupun video tersebut telah dipadamkan, ia sudah banyak tersebar dipelbagai platform media sosial seterusnya mencetus persoalan bagaimana ia boleh berlaku sebenarnya.
Kemaskini MFL 29 Julai 2020 Berkenaan SOP
Dibawah ini adalah petikan dari kenyataan rasmi MFL;
Dalam perkembangan sama, Dato’ Ab Ghani memberitahu perlawanan akan diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perlawanan tanpa penonton seperti yang ditetapkan oleh MFL sebelum ini.
Jelasnya, beliau mengingatkan semua pasukan hendaklah mematuhi arahan seperti yang ditetapkan di dalam SOP pengelolaan perlawanan yang telah diberikan kepada setiap pasukan bertanding.
“Sebarang pelanggaran kepada SOP merupakan satu kesalahan yang berat dan menyalahi Akta 342: Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“SOP Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia 2020 adalah turut terpakai bagi pengelolaan perlawanan persahabatan bermula 2 Ogos 2020,” katanya.
Adakah mereka yang hadir ke stadium ketika perlawanan JDT bertemu Sabah itu dikategorikan VVIP yang menyebabkan mereka tidak dikira sebagai penyokong seperti kemaskini diatas?
Perbincangan lain dilaman sosial juga hangat dimana ada yang memberikan penjelasan bahawa acara tersebut telah menerima kebenaran dari Jabatan Kesihatan Negeri.
Do you mean if other stadiums or clubs want to do the same they can? Because as far as we know from MKN website fans not allowed but if now can request for it then maybe people, including me were not aware of that.
— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) October 2, 2020
I guess what’s special to people it’s up for them to decide. Any football match is a sports event. If you put it that way then there’s no reason we shouldn’t allow fans at stadiums now as long as follow SOP. But in this case I’m sure you can understand why people are questioning.
— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) October 2, 2020
Melihat kepada isu ini, adalah menjadi satu kewajipan untuk pihak MFL sendiri melalui CEO mereka menyatakan pendirian atau hujah bagi menjelaskan perkara ini samada mengikut SOP yang ditetapkan atau tidak.
Apa yang perlu ditekankan adalah pendirian mengikut apa yang telah ditetapkan tanpa prejudis kepada mana-mana pasukan sekalipun untuk membuktikan bahawa keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sekalipun.
Rujukan SOP COVID-19 Yang Dikeluarkan MFL
Merujuk kepada dokumen SOP COVID-19 yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi MFL, ada beberapa perkara yang mungkin boleh diperjelaskan lagi kepada semua.
Hanya tetamu VVIP dan VIP dibenarkan dan jika ada individu lain, perlu dapatkan kebenaran MFL.
Hanya 10 orang tetamu VVIP Pasukan tuan rumah (PTR) boleh hadir menyaksikan perlawanan dan 6 orang tetamu VVIP pasukan pelawat (PL) dibenarkan.
Namun tiada maklumat mengenai berapa ramai tetamu VIP yang dibenarkan masuk.
Untuk muat turun SOP COVID-19 MFL, sila tekan disini.
MFL, bagaimana?
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Julang Kejuaraan Liga Super 7 Kali Berturut-Turut, JDT Nyata Berada Dalam Kelas Tersendiri
Impian ZamSaham Untuk Bawa The Red Warriors FC Berhad Ke Bursa Malaysia Seawal Tahun 2025