Lionel Messi baru sahaja menjulang trofi pertama beliau bersama Inter Miami.

Baca Juga:

Sebelum kehadiran Messi, Inter Miami menjadi kelab paling teruk di dalam francais MLS, dan kini mereka memenangi trofi liga pertama kelab.

Lebih menarik itulah trofi pertama dijulang oleh kelab yang turut dimiliki oleh David Beckham itu.

Dia yang menyertai Inter Miami pada 21 Julai lalu telah memberikan impak segera.

Inter Miami bertemu dengan Nashville pada aksi final Piala Liga AS.

Bertempat di Geodis Park, Tennessee, Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-23. Melebarkan lagi rekod gol La Pulga di MLS dan di dalam karier kelabnya.

Namun pada minit ke-57, Nashville menyamakan kedudukan menerusi tandukan Patrice Picault.

Keputusan seri bermakna kedua dua pasukan beradu dalam aksi penentuan penalti. Dan Inter Miami menang 10-9 dalam penentuan penalti.

Sekaligus Messi membantu Inter Miami menjulang trofi pertama dalam sejarah kelab itu.

Kejayaan itu menyaksikan Messi kini menjadi pemain bola sepak paling berjaya dari segi koleksi trofi. Dia kini sudah memiliki 44 trofi, memintas Dani Alves yang menjulang 42 trofi.

35 daripada trofi Messi itu dijulangnya ketika bersama dengan Barcelona.

Dani Alves sudah pun bersara. Jadi, setiap trofi yang akan datang adalah rekod baharu trofi yang dijulang oleh pemain secara individu.

Messi juga dipuji kerana dia tidak mahu menjulang trofi itu berseorangan. Dia dengan rendah hati mengajak sekali bekas kapten sebelum dia dilantik iaitu DeAndre Yedlin menjulang trofi itu bersamanya.