Ketua pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo mempunyai cara tersendiri untuk berdepan haters beliau ketika perlawanan menentang Al-Ettifaq baru-baru ini.

Seperti sedia maklum, Ronaldo tidak terlibat dalam majlis Anugerah Ballon d’Or kali ini dan seteru utamanya iaitu Lionel Messi muncul sebagai pemenang sekaligus meraih gelaran buat kali ke-8.

Di media sosial, Cristiano Ronaldo dilihat memberikan emoji ketawa dalam satu post yang mempersoalkan kemenangan Messi sekaligus menunjukkan beliau tidak setuju dengan kemenangan ketua pasukan Argentina itu.

Perkara ini dimanfaatkan peminat Ettifaq dimana mereka menyebut nama Messi setiap kali Ronaldo mendapat bola dan perkara ini nyata membangkitkan kemarahan kapten Portugal itu.

Pemain berusia 38 tahun ini menyuruh peminat Ettifaq agar diam dan perkara ini nyata tertangkap kamera sekaligus viral di beberapa laman media sosial.

Selepas dinobat sebagai pemenang Ballon d’Or, Messi tetap merendah diri sambil memberikan penghargaan kepada pemain yang berada di tangga kedua iaitu Erling Haaland dan pemain di tangga ketiga iaitu Kylian Mbappe.

“Seperti yang saya selalu katakan, saya tak pasti sama ada saya pemain terbaik sepanjang zaman atau tidak. Namun jika saya dianggap antara yang terbaik maka ianya sesuatu yang sangat indah.

“Saya tak nak lupa bahawa Haaland dan Mbappe juga menikmati karier yang sangat baik musim lalu. Saya yakin pada tahun tahun mendatang mereka akan memenangi anugerah ini,” katanya.