Penampilan sulung Lionel Messi di Amerika Syarikat dalam saingan Major League Soccer (MLS) sentiasa dinantikan-nantikan oleh peminat bola sepak seluruh dunia.
Baca Juga:
- Inter Miami Dedahkan 3 Tahun Yang Rumit Pujuk Messi Sertai Mereka
- Phil Neville Dan David Beckham Kembali Bergabung Dalam Kelab Inter Miami
- Pemain Inter Miami CF Diambang Menyertai Kelab Vietnam Dengan Kontrak Bernilai RM4.2 Juta
Untuk menonton aksi Messi mungkin memerlukan para penyokong membeli tiket dengan bayaran gaji sebesar pemain itu sendiri.
Menurut laporan CNN, tiket bagi perlawanan pertamanya awal pagi Sabtu ini bersama Inter Miami menentang kelab Mexico, Cruz Azul dalam Piala Liga-Liga dijual sehingga AS$110,000 (RM501,600) berdasarkan carian di laman sesawang jualan semula tiket Vivid Seats.
Ia adalah harga tiket paling mahal pernah dicatat dalam sejarah Major League Soccer (MLS). Walaupun bermain di tempat lawan, Penyokong Inter Miami sanggup datang dari jauh kerana tidak mahu terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan itu.
Tickets for Lionel Messi’s US debut cost as much as $110,000 https://t.co/XM38w1RuxO pic.twitter.com/qOV0MvFTqM
— CNN (@CNN) July 18, 2023
CNN juga melaporkan harga bagi sesetengah tiket melonjak selepas bintang Argentina itu secara rasmi menandatangani kontrak bersama Inter Miami minggu lalu dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai antara AS$50 juta (RM227 juta) hingga AS$60 juta (RM272 juta) setahun.
Bagaimanapun, masih ada tiket lebih murah yang ditawarkan bagi perlawanan tersebut. Harga tiket berbeza mengikut kawasan tempat duduk di Stadium DRV PNK, Florida.
Harga purata adalah AS$487 (RM2,220). Tiket bagi perlawanan Piala Liga antara Inter Miami dan FC Barcelona tahun lalu hanya separuh daripada harga itu.
Messi mania is in full swing
• Cheapest debut ticket: $314
• Average debut ticket: $1,294• Average Miami ticket price: $850 (+459%)
• Prices for Miami's next 7 road matches: +558% pic.twitter.com/6sa0YaYmfW— Morning Brew ☕️ (@MorningBrew) July 19, 2023
Harga tiket bagi penampilan sulung Messi dalam MLS pada 20 Ogos menentang Charlotte adalah AS$288 (RM1,306), menurut Vivid Seats, melonjak hampir 900 peratus sejak awal Jun apabila spekulasi mula tular mengenai perpindahan Messi ke AS.
David Beckham banyak terlibat dalam proses memujuk Messi sertai Inter Miami. Messi akan memperoleh $60 juta setiap musim di Inter Miami dengan gajinya turut dibayar bersama oleh Apple dan Adidas.
Messi telah menandatangani kontrak dua setengah tahun dengan Inter Miami sehingga Disember 2025. Apple memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian itu, setelah menandatangani perjanjian 10 tahun, $2.5 bilion dengan MLS awal tahun ini.