Bintang Argentina, Lionel Messi dilaporkan bakal sertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) pada jendela perpindahan musim panas yang akan datang secara percuma.
Menurut laporan daripada talksport, Messi dijangka akan menggantikan tempat Kylian Mbappe yang disahkan meninggalkan juara Perancis itu apabila kontraknya tamat pada 2022. Mbappe mengesahkan mengadakan beberapa perbincangan baharu bersama PSG namun gagal mencapai persetujuan.
Pada akhir musim lalu, Messi memberitahu Barcelona beliau mahu meninggalkan kelab itu dengan mengaktifkan klausa khas, membenarkannya pergi secara percuma. PSG masih memiliki kuasa kewangan yang sangat kuat untuk menampung gaji Messi.
Lionel Messi could finally be on his way out of Barcelona…https://t.co/Pa5wT9UW0g
— talkSPORT (@talkSPORT) February 15, 2021
Sebelum ini PSG sudah memulakan langkah pro aktif untuk mendapatkan Messi. Di mana mereka sudah menghubungi wakil Lionel Messi iaitu Jorge Messi.
Pengulas terkemuka eropah, Andy Brassell mendedahkan kemasukan Messi ke PSG ibarat mimpi jadi kenyataan dan mereka akan mengandingkan semula dengan Neymar.
“Mereka akan membuat perpindahan besar melibatkan Lionel Messi, ini cukup menarik kerana dia terlalu mahal. Ini akan menjadi rumit. Ia masih menjadi cabaran.
“Tetapi ada sebab mengapa ia berlaku; kerana dia bebas, kerana Neymar ingin bermain dengan pasangannya, [pengarah sukan PSG] Leonardo telah bekerja keras dan menyiapkan segalanya untuk dia datang, dan mereka harus menggantikan Mbappe jika dia akan pergi,” katanya.
Baca juga perkembangan lain mengenai bola sepak eropah melalui pautan dibawah.
Menang Ke Atas Newcastle, Tuchel Sahkan Penjaga Nombor 1 Chelsea
EPL: Hatrik Aubameyang Hiasai Kemenangan Arsenal Ke Atas Leeds