Chelsea meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Newcastle di Stamford Bridge.
Namun ramai mulai mempersoalkan status penjaga gol utama Chelsea selepas Kepa Arrizabalaga diturunkan dalam aksi tersebut.
Ini adalah kali kedua berturut turut Kepa beraksi selepas aksi dalam Piala FA pada minggu lalu.
Kepa Arrizabalaga sebelum ini gagal beraksi baik dan membuatkan Chelsea ‘pecah tabung’ untuk membeli penjaga gol mahal sekali lagi dengan membawa masuk Edouard Mendy.
Chelsea dilaporkan membayar £70 juta untuk Mendy. Kepa Arrizabalaga kemudian kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Chelsea.
Tuchel kemudian mengesahkan bahawa penjaga gol utama Chelsea bukan Kepa, ianya kekal milik Edouard Mendy. Tetapi pada masa yang sama Tuchel gembira Kepa berjaya melakukan satu lagi aksi ‘clean sheet’.
Tuchel berkata: “Edouard kekal nombor satu kami, jelas sekali ianya akan terus kekal sebegitu.”
“Saya gembira Kepa meneruskan aksi clean sheet keduanya. Dan ini adalah waktu terbaik untuk beliau merasai rentak permainan dan membina keyakinan.”
Tuchel confirmed Mendy is still Chelsea's no1 goalkeeper but the competition is alive with Kepa's displays: https://t.co/pZc6e6xXxs #CFC #CHENEW
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) February 15, 2021
“Kami memang mengharapkan aksi terbaik beliau dan Edu selepas ini, kerana Mendy kekal menjadi nombor satu.:
Chelsea menang ke atas Newcastle dengan skor 2-0. Sekaligus berada di 4 teratas. Gol oleh Olivier Giroud dan Timo Werner memberikan malam sempurna buat Chelsea.
“Ianya malam yang baik dan sempurna. Kami tahu kami ada peluang untuk berada di 4 teratas. Kita memanfaatkan peluang. Para pemain saya berhak mendapat rehat dua hari selepas ini,” tambah Tuchel lagi.
Baca juga perkembangan lain
Serie A: Juventus Kecundang Di Tangan Napoli Pada Hari Istimewa Chiellini