Juventus menelan satu lagi kekalahan pada musim ini dalam saingan Serie A. Kali ini The Old Lady kalah di tangan Napoli dengan skor tipis 1-0.

Juventus berkunjung ke Stadium Diego Armando Maradona dalam usaha mereka terus mengejar AC Milan di puncak liga.

Ia juga perlawanan ke-400 untuk Giorgio Chiellini di Liga Itali, Tanpa dakwa dakwi beliau memang legenda hidup untuk Juventus.

Malang sekali hari istimewa itu tidak dapat disambut dengan kemenangan oleh Juventus.

Di mana jaringan tunggal oleh Lorenzo Insigne pada minit ke-31 menerusi penalti sudah memadai untuk pasukan tuan rumah.

Chiellini turut menjadi individu yang bertanggungjawab memberikan penalti itu kepada Napoli.

Jaringan tersebut merupakan jaringan ke-100 Insigne bersama dengan Napoli di dalam kariernya.

Juventus sangat dominan di dalam perlawanan ini. Juve turut melakukan 24 percubaan ke arah gol dengan hanya 6 sahaja tepat. Berbanding dengan hanya 8 percubaan oleh Napoli dan hanya dua percubaan tepat.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1360664552996765701

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga Juventus pada musim ini dalam saingan Serie A.

Napoli meredakan sedikit tekanan yang dihadapi oleh pengurus Gennaro Gattuso.

Juventus mungkin boleh menarik nafas lega kerana AC Milan turut tewas dalam perlawanan  yang berlangsung selepas itu.

Milan tewas 2-0 di tangan Spezia. Kekalahan yang dianggap Stefano Pioli sebagai selayaknya mereka terima kerana prestasi yang tidak bagus.

Baca juga perkembangan lain

Mourinho: ‘Dalam Penalti Moden, Kena Kuku Atau Hidung Pun Penalti’

Klopp: ‘Liverpool Kibar Bendera Putih’

RASMI: Bayern Tewaskan Liverpool Dan Chelsea Untuk Dapatkan Upamecano